Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Untuk pengetahuan anda semua Honda Malaysia sekarang sedang menjalankan kempen ‘ The Great Honda Hybrid Discovery ‘ di seluruh Malaysia. Antaranya Melaka, Kelantan, Selangor, Johor dan Perak. Pihak Honda Malaysia dengan kerjasama Hot FM mengadakan Jelajah 1 Malaysia, Honda Hybrid Family Road Trip.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Jadual Honda Hybrid Family Road Trip 2013

Secara amnya pihak Honda Malaysia dengan berbesar hatinya untuk memberi peluang kepada anda semua untuk ‘menyewa’ atau memandu uji kereta Honda Hybrid selama 3 hari 2 malam. Langkah yang bijaksana dari mereka untuk menarik orang ramai untuk memiliki kereta Honda Hybrid sebelum mereka membuat keputusan untuk memiliki sebuah. Sangat menarik bukan?

Jika anda berminat untuk terlibat dalam kempen 3 hari 2 malam memandu uji Honda Hybrid ini boleh daftar di http://bit.ly/IQcsrI

MB merupakan salah seorang blogger yang bertuah untuk turut serta dalam kempen ini. MB dan rakan blogger yang lain terpilih untuk kembara ke negeri Perak bersama jentera Honda Hybrid kami pada 26-27 Oktober 2013. Setiap sebuah jentera akan dipandu uji oleh 2 orang blogger, dan MB bersama Shakiddo akan memandu jentera Honda Hybrid CRZ Transmisi Manual. Kereta spot idaman setiap orang. 2 jentera Honda Hybrid Jazz dan Honda Hybrid Civic turut serta dalam jelajah ini.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
4 Jenis jentera yang akan bergerak ke Ipoh

26 Oktober 2013

Perjalan jelajah kami bermula seawal pagi lagi dan berjumpa dengan rakan lain di kawasan R&R Rawang. Bersarapan pagi sebelum bergerak secara kumpulan, dan mengambil gambar dan video sebelum memulakan perjalanan kami.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Bergambar dahulu dengan jentera CR-Z

Perjalan ke Ipoh mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit melalui Lebuhraya Utara Selatan. Semasa inilah kami mengambil peluang untuk mengetahui segala fungsi yang ada dalam kereta CRZ ini. Dari segi performance dan stability kereta, tetapi tiba di ZON AES kami memperlahankan kenderaan. Sampai ke destinasi pada jam 11 pagi di Tesco Teh Teng Seng Ipoh.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
This is our Team

Di tapak program Honda Hybrid Family Road Trip, terdapat booth yang disewakan kepada peniaga peniaga untuk mempromosikan produk jualan mereka. Kami disambut oleh wakil dari pihak Honda Malaysia dan diberikan sedikit penerangan mengenai Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Sesi pengenalan dari wakil Honda Malaysia

Jom kita kembara ke HONDA HYBRID HOME

Pitstop kami yang pertama  ialah di Zon Honda Green Auto Technology Milestones. Di zon ini, orang ramai didedahkan dengan sejarah dan teknologi Honda Hybrid dari tahun 1972 hingga 2012/2013. Disini banyak informasi yang boleh didapati berkenaan permulaan Hybrid.

Honda Hybrid Family Road Trip 2013
Honda Green Technology

Kemudian satu seksyen lagi ialah Power of Two. Dimana, sebuah basikal disediakan untuk orang ramai mencuba mengayuh basikal tersebut samada seorang atau 2 orang untuk memahami bagaimana sistem Hybrid berfungsi. Mengayuh secara berseorangan lebih susah berbanding mengayuh secara berdua. Begitulah bagaimana sistem Hybrid berfungsi dengan Integrated Motor Assist (IMA) dan Enjin i-VTEC. Hybrid dijana dengan menggunakan kedua-duanya dimana enjin dijana menggunakan minyak manakala Elektrik Motor dijana oleh kuasa elektrik.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Blogger Melastik Bintang dan Shakiddo sedang beraksi

Bagaimana Hybrid berfungsi?

Hybrid bermaksud gabungan 2 unsur atau lebih 

Struktur enjin hybrid yang menggabungkan kuasa elektrik dan bahan api bertindak menerusi pelbagai cara iaitu hybrid dalam bentuk selari. Di mana bahan api disalurkan ke enjin tetapi pada masa yang sama dilengkapi bateri yang membekalkan kuasa kepada motor elektroniknya.

Gabungan kedua-dua enjin dan motor elektrik itu berfungsi menggerakkan transmisi enjin pada satu-satu masa. Sekaligus bertindak balas menghasilkan kuasa pada kenderaan itu.

Seterusnya kita ke zon Honda Formula-E. Di zon ini kita akan diuji dengan teknik pemanduan kita menggunakan sistem Hybrid. Anda dikehendaki memandu kereta Hybrid tersebut dengan mengawal tahap penggunaan minyak untuk penjmatan minyak yang terbaik.Perhatikan di gauge meter, jika bertukar kepada Hijau bermakna anda berada pada tahap pemanduan yang ekonomi.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Pengawalan pedal minyak amat penting dalam menentukan tahap pemanduan ekonomi anda

Zon seterusnya ialah Bilik Gelap : Apa itu Hybrid? Di dalam bilik ini kami di pertontonkan dengan video yang agak lucu berkenaan bahasa pasar dan berkenaan kebaikkan Honda Hybrid dan kesan terhadap penggunaannya.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Tayangan dari Honda Malaysia

Akhir sekali kita sampai ke Zon Showroom, di sini anda akan diperkenalkan dengan kereta Honda Hybrid iaitu CRZ, Jazz, Civic dan Insight. Disini anda boleh menatap puas puas dan membelek setiap inci kereta tersebut.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Sesi mengenali jentera Hybrid

Setelah habis di Showroom tersebut, masa untuk melawat booth di luar. Booth yang menjadi tumpuan kami ialah booth ‘game’. Disini ada hadiah menanti untuk anda, apa lagi inilah masa untuk mendapatkan sesuatu. Kami juga turut terlibat dalam permainan di booth ini. Selain itu juga siaran Hot FM bersiaran secara langsung di sini.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
HIburan game di luar Showroom untuk pengunjung

Jelajah Warisan Ipoh Bersama Honda Hybrid CRZ 

Inilah program yang ditunggu-tunggu oleh kami sepanjang berlangsung kempen ini, iaitu pusing pusing tempat warisan di bandar Ipoh dengan Hybrid kami. Inilah masanya kami hendak mengoptimumkan penggunaan / pemanduan Hybrid CRZ kami sambil melawat tempat tempat warisan dan bersejarah di Perak.

Oleh kerana perut sudah lapar, destinasi pertama kami selepas di Honda Showroom tersebut ialah Nasi Vanggey. Nasi Vanggey ataupun dikenali dengan nama saintifiknya ialah ‘Nasi Ganja‘. Kenapa namanya agak pelik? Bukan kerana diletakkan ganja tetapi perumpamaan yang diberikan kerana sajian mereka terlalu sedap sehinggakan menimbulkan rasa hendak lagi.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Tu diaaa…Vanggey…Vanggey…

Restoran ini memang amat popular di negeri Perak, jika sesiapa yang sampai ke Ipoh tetapi tidak singgah ke sini tidak lengkaplah perjalanan mereka. Dikhabarkan setiap hari restoran ini akan penuh dan perlu berbaris untuk menjamu selera disini. Harga pun boleh tahan sesuai dengan keenakkannya.

Dah kenyang apa lagi, kita ‘check in’ dulu di Hotel penginapan kami iaitu Hotel Fair Park yang terletak di tengah tengah bandar Ipoh berhampiran dengan Stadium Ipoh. Hotel Fair Park pernah memenangi Hotel Bajet Terbaik pada tahun 2011 tak silap saya. Dengan kadar harga yang berpatutan anda boleh membuat tempahan di http://www.fairparkhotel.com/ . Kita berehat di bilik dahulu sebelum menyambung jelajah kami pada petangnya.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Hotel Bajet Terbaik 2011

Tepat jam 5 kami memulakan perjalan kami untuk menuju ke salah satu tempat menarik di Ipoh iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang. terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta.

Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia.

Yang menarik mengenai Taman Rekreasi ini ialah pengunjung akan menaiki bot untuk ke sebuah pulau kecil berhampiran dengan kawasan tersebut. Dengan tambang bot RM3 bagi dewasa anda akan menikmati pelbagai spesis bunga dan tarikan spesis Heliconia.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Pemandangan yang cantik dan sesuai untuk dikunjungi

Pulang dari Taman Rekreasi tersebut kami ke destinasi santai iaitu ke Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh atau lebih dikenali dengan Padang Polo. Di sini sesuai untuk aktiviti santai jika anda mahu bersukan dan mengambil angin petang. Dan yang menariknya ialah kami ke sini adalah untuk merasa Cendol dan Laksa untuk minum petang kami.

Dah selesai ambil angin dan minum petang, jentera kami bergerak ke satu lagi tempat yang menjadi tumpuan orang di Ipoh ini iaitu Gerbang Malam. Jika anda singgah di bandar raya Ipoh, Perak, kunjungan anda tidak akan bermakna jika tidak mengunjungi Gerbang Malam di Jalan Tahwil Azhar. Gerbang Malam yang diwujudkan sejak 2003 merupakan kawasan yang mudah dikunjungi kerana terletak di tengah-tengah bandar raya Ipoh. Pelbagai jenis barangan yang ada di jual disini dengan harga yang menarik.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Gerbang Malam Ipoh..Macam macam ada..

Destinasi terakhir kami pada malam tersebut ialah Kinta Riverfront Walk. Tempat ini MB sendiri baru tahu kewujudannya kerana sepanjang MB belajar di Ipoh dulu tak pernah sampai ke sini lagi. Tempat yang agak romantik dipisahkan dengan sebatang sungai, dengan kiri kanannya terdapat pokok pokok yang berlampukan kaleidoscopic neon.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Cantik sangat kan…Lampu lampu neon..

Orang kata kalau nak membawa kekasih sesuai datang ke tempat ini untuk menikmati angin malam. Tempat ini boleh saya katakan hampir sama dengan i-City Shah Alam kerana kemeriahan lampu lampu neonnya, cuma apa yang membezakannya ialah sebatang sungai.

27 Oktober 2013

Seawal pagi kami bangun untuk ‘check out’ di Hotel Fair Park dan bersarapan pagi bersama sebelum memulakan jelajah kami bersama Honda Hybrid kami. Bersarapan di Medan Selera Stadium Ipoh.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Medan Selera Stadium Ipoh

Destinasi pertama kami pada pagi berikut ialah Pasar Loken atau Memory Lane atau juga dikenali dengan nama Pasar Karat. Apa yang menarik sangat tentang Pasar Loken? Untuk informasi anda semua, di sinilah terdapat banyak gerai yang menjual barang barang antik ataupun ‘rare’ yang susah untuk didapati.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Macam macam ada kat sini

Terletak di tengah tengah pekan Ipoh pasar yang bermula seawal pagi hingga tengah hari. Banyak barang barang lama / antik ada disini, dijual dengan harga yang agak ‘rare‘ jugaklah. Pasar Loken merupakan salah satu tarikan pengunjung yang datang ke Ipoh.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Pasar Loken Ipoh

Jentera Honda Hybrid kami seterusnya membawa kami ke Stesen Keretapi Ipoh yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab. Dikatakan bangunan stesen keretapi ini mempunyai gabungan ciri – ciri senibina Moor Turki dan moden. Stesen keretapi ini juga dilengkapi keindahannya dengan landskap bunga-bunga di sekitar kawasannya. Terdapat juga sebatang pohon “epu” atau lebih dikenali sebagai “pokok Ipoh” ditanam di kawasan taman.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Stesen Keretapi Ipoh

Stesen Keretapi Ipoh dibina di sekitar tahun 1935. Di stesen keretapi ini juga menempatkan Hotel Majestic selain daripada pejabat urusan Keretapi Tanah Melayu. Bersesuaian dengan sejarah Stesen Keretapi Ipoh itu sendiri, Perak merupakan negeri yang pertama sekali diperkenalkan dengan teknologi keretapi di Malaya dan landasan pertama di sini telah dibina oleh pihak British untuk memenuhi permintaan pengangkutan daripada industri bijih timah.

Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah dulu di Restoran Nasi Ayam Hainan Ipoh. Lokasi restoran yg berkonsep kopitiam ni letaknya di No. 107, Anderson Road. Nama dulunya dikenali sebagai Anderson Road tapi sekarang ni juga dikenali dgn nama Jalan Raja Musa Aziz. Saja nak mencuba nasi ayam ini dan kerana kami ingin cari menu makanan yang mudah dan cepat. Menu yang menarik dan sedap sesuai dengan harga yang dikenakan, dan paling penting ada WIFI percuma untuk pelanggan lebih lebih lagi pelanggan macam kami ini. Yang sentiasa gajet di tangan.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Ipoh Hainan Chicken Rice
  • Pemanduan Hybrid CRZ ini amat sesuai di bandar ipoh kerana adanya Economy Mode (Econ Mode). Kenapa? Ini disokong dengan apa yang berlaku semasa kereta berhenti di lampu isyarat, enjin kereta dalam keadaan idling, jika anda menggunakan Econ Mode enjin kereta anda akan berhenti secara automatik, ini berlaku kerana sistem ingin menjimatkan penggunaan bahan api.
  • Jangan khuatir atau panik dengan keadaan ini, anda hanya perlu menuil gear N ke gear 1 untuk mnghidupkan enjin kereta semula, sangat canggih bukan?

Kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur pada jam 130 tengah hari..

Sedikit informasi mengenai Honda Hybrid CRZ

Honda Hybrid CR-Z menggunakan 1.5L dan 4 silinder, 16 injap, enjin SOHC dengan V-TEC injap sistem masa Honda. Enjin ini dibantu oleh kuasa tambahan dari motor DC menggunakan pek bateri lithium-ion untuk penyimpanan elektrik.

Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Honda Hybrid CR-Z

IMA Hybrid System didatangkan dengan transmisi 6 gear manual, yang merupakan penghantaran standard untuk kereta, dengan fungsi Hill-Start Assist. Kenderaan ini juga mempunyai 3 jenis mode pemanduan, yang membolehkan pemandu untuk memilih dan bertukar-tukar samada Sport Mode, Normal Mode dan Economy Mode  dengan suis butang individu.

  • Dari segi keselamatan, kereta ini dilengkapi dengan dua beg udara di hadapan, beg udara sisi dengan Occupant Position Detection System dan beg udara langsir sisi. Mempunyai sistem ABS, BA dan EBD serta Vehicle Stability Assist (VSA) System.
Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh
Lihat keselesaan Hybrid CRZ
  • Untuk performance, Honda Hybrid CRZ mempunyai Plus Sport System, 1.5-liter, 16-valve i-VTEC,Integrated Motor Assist IMA,Continuously Variable Transmission (CVT), Sophisticated Suspension.
  • Manakala dari segi Environment pula Hybrid CRZ mempunyai Advanced Technology Partial Zero-Emission Vehicle (AT-PZEV),Idle-Stop.
Honda Hybrid Family Road Trip 2013
Inilah jentera Honda Hybrid CRZ Transmisi Manual

Terima kasih kepada Honda Malaysia kerana memberi peluang kepada kami merasai pengalaman memandu uji Honda Hybrid dan terlibat dalam kempen Honda Hybrid Family Road Trip Ipoh. Satu pengalaman yang tidak dapat kami lupakan bersama Honda Malaysia.

Dengan Honda Hybrid, pemanduan lebih jitu dan penjimatan minyak yang lebih efisyen.

4 Sebab Kenapa Anda Patut Memiliki Honda Hybrid

Honda Hybrid Family Road Trip 2013
Kenapa anda patut memiliki Honda Hybrid

Jika anda berminat untuk terlibat dalam kempen 3 hari 2 malam memandu uji Honda Hybrid ini boleh daftar di http://bit.ly/IQcsrI

Untuk maklumat lanjut layari :
Website: www.honda.com.my
Facebook: fb.com/hondamalaysia

3,813 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam