Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Dah lama pending artikel ini sebenarnya, sebab tak sempat nak mengadapnya. Ok kali ini MB nak review sedikit pasal makanan, iaitu Steamboat. Kalau cakap pasal steamboat pasti teringat Johny’s, Tupai-tupai, Flaming kan.

Steamboat yang MB nak review ini ialah Island BBQ Steamboat. Lokasi steamboat ini terletak di Kg Melayu Subang, Selangor. Kalau dari Shah Alam memang dekatlah dengan rumah MB.

island bbq steamboat, harga island bbq steamboat, lokasi island bbq steamboat,bbq steamboat murah
Papan Tanda pun dah menarik

Apa yang menarik di Island Bbq Steamboat ini ialah harga dan suasananya. Harga untuk seorang adalah dalam linkungan RM21.90 bagi dewasa, RM 9.90 bagi kanak-kanak dari umur 6-12 tahun. Manakala bagi kanak-kanak bawah 5 tahun percuma. Jadi oleh kerana Mr Ray bawah 5 tahun maka tiada bayaran dikenakan pada Mr Ray, dah jimat babah dan umminya.

island bbq steamboat, harga island bbq steamboat, lokasi island bbq steamboat,bbq steamboat murah
Harga Bagi BBQ Steamboat Buffet

Harganya berpatutan bukan, dan harus diingat ianya dihidangkan secara buffet. Jadi pastikan jika anda hendak datang ke sini, perut anda mesti dalam keadaan yang lapar dan kosong.

island bbq steamboat, harga island bbq steamboat, lokasi island bbq steamboat,bbq steamboat murah
Antara bahan-bahan steamboat
island bbq steamboat, harga island bbq steamboat, lokasi island bbq steamboat,bbq steamboat murah
Udang, ayam, kambing, dll

Tadi MB ada cakap pasal suasana bukan? Suasana kat island bbq steamboat ini memang best, sebab ianya berkonsepkan “open air“. Dimana konsep udara dan pemandangan terbuka yang amat sesuai di waktu malam, anda akan terlihat beberapa buah kapalterbang akan lalu di atas anda, ini kerana lokasinya berdekatan dengan subang airport.

island bbq steamboat, harga island bbq steamboat, lokasi island bbq steamboat,bbq steamboat murah
Konsep “Open Air”

Kat bawah ni gambar bagaimana steamboat ini dimasak dan dihidangkan. Ada lagi satu info yang menarik ialah anda akan dapat melihat tong gas di bawah meja steamboat anda hehehe..

island bbq steamboat, harga island bbq steamboat, lokasi island bbq steamboat,bbq steamboat murah
Cara Steamboat Dimasak

MB tidak keseorangan, tetapi turut ditemanni oleh rakan-rakan sekerja isteri MB iaitu syarikat Sam Planners. Mereka turut berada di lokasi island bbq steamboat.

island bbq steamboat, harga island bbq steamboat, lokasi island bbq steamboat,bbq steamboat murah
Rakan-rakan sekerja isteri MB
island bbq steamboat, harga island bbq steamboat, lokasi island bbq steamboat,bbq steamboat murah
Pelbagai jenis hidangan Steamboat yang ada

Yang ini pun menarik juga, selalu pasti ada dessert kan lepas anda selesai dengan steamboat. Desert yang ada di sini ialah Aiskrim. Sangat ringkas hidangan aiskrim ini dengan beralaskan mangkuk kecil tetapi nampak ala-ala kampung style.

island bbq steamboat, harga island bbq steamboat, lokasi island bbq steamboat,bbq steamboat murah
Aiskrim sebagai Dessert

Kemudahan lain disini antaranya disediakan surau untuk mereka yang muslim, kawasan parking kereta yang luas, tempat permainan kanak-kanak disebelah restauran,dan laluan yang mudah bagi OKU dari tempat letak kereta ke restauran.

island bbq steamboat, harga island bbq steamboat, lokasi island bbq steamboat,bbq steamboat murah
Acara Aksi Depan Kamera

Opss! Gambar atas tu bukan majlis sambutan hari jadi isteri atau Mr Ray, tetapi pinjam kek birthday girl salah seorang rakan sekerja isteri, kebetulan hendak menyambut majlis harijadinya.

Itu serba sedikit mengenai Island Bbq Steamboat yang MB dapat gambarkan. Kalau anda hendak datang ke sini mudah je untuk  mencari lokasinya.

island bbq steamboat, harga island bbq steamboat, lokasi island bbq steamboat,bbq steamboat murah
Lokasi Island Bbq Steamboat

ISLAND BBQ STEAMBOAT
Lot 3370, Jalan Kemboja,
Seksyen U5, Kg Melayu Subang,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

TEL: (+6) 012 6 8000 41
GPS : N 03 09.746′ E 101 31.765′

http://islandbbqsteamboat.wordpress.com

6,062 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam