Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Teringin nak  bawa Mr Ray ke kelas pembelajaran untuk permulaan pendidikan bagi dia, dah umur 2 tahun 3 bulan ni rasanya dah boleh dedahkan dia dengan pembelajaran sedikit demi sedikit supaya nanti dia tak terkejut sangat.

Tapi paling utama ialah bagaimana dan cara apakah yang anda hendak gunakan untuk dedahkan anak anda dengan sistem pembelajaran. Kalau kita dedahkan dengan cara mengenal huruf sahaja tak boleh juga kerana dikhuatiri anak anda akan cepat bosan dan jemu.

Minggu lepas aku berpeluang menghadiri ke kelas pembelajaran yang di anjurkan oleh Little Scientist di Puchong, Parenting Worksyop For Bloggers. Rakan parenting blogger aku Ben Ashaari juga turut hadir  dan 3 lagi parenting blogger wanita antaranya Ayuni yang pertama kali kami berjumpa.

Apa yang seronok tentang Little Scientist ni? Selama 2 jam kami semua habiskan masa di kelas pertama Little Scientist tersebut, apa yang boleh disimpulkan ialah dengan Kaedah Sains sistem pembelajaran anak anda akan lebih jadi menarik dan tidak membosankan. Bayangkan anda semasa mempelajari ilmu sains dahulu? Seronok dan teruja kan.. Begitu juga dengan Mr Ray yang sangat seronok bila duduk dalam kelas ini.

Apa yang dipelajari antaranya ialah mengenal warna dengan menggunakan sistem campuran warna air, belajar mengenal udara dengan teknik meniup plastik, memukul bola plastik yang belum diisi udara.

Liitle Scientist juga menerapkan kaedah islamik juga dalam proses pembelajaran mereka. Sistem pembelajaran Little Scientist ini sesuai dengan mereka yang berumur dari 4 tahun. In Syaa Allah, nanti aku akan ceritakan lebih lanjut lagi tentang Little Scientist ini.

Website: www.LittleScientistS.com
Online Shop: www.LittleScientistS.com/shop
Youtube Channel: http://www.youtube.com/littlescientistvideo

sistem pembelajaran Little Scientist
Qhaliff dan Mr Ray peserta cilik Little Scientist
sistem pembelajaran Little Scientist
Rakan aku Ben pun ada juga datang
sistem pembelajaran Little Scientist
Blogger Ayuni dan anaknya juga merupakan peserta
sistem pembelajaran Little Scientist
Kaedah mengenal warna, yang ini Mr Ray memang sukalah
Little Scientist
Founder & COO Little Scientist, Ho Teh Eng sedang demonstrasi pembelajaran udara

4,300 total views, 4 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam