Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Masih ingat babak Lisa Surihani tertelan cicak semasa minum air coke?? Ha, itu salah satu babak dalam filem Lagenda Budak Setan dulu…Hasil adaptasi novel popular Ahadiat Akashah…

Berita baik untuk pembaca setia novel Lagenda Budak Setan, filem Lagenda Budak Setan 2 akan kembali menemui anda di pawagam  pada 29 November 2012…Wajib bagi mereka untuk pergi menonton…hehehe…
Sinopsis Ringkas Filem Lagenda Budak Setan 2

Selepas kematian Ayu, Kasyah telah ‘dibangkitkan’  semula oleh Athirah anak perempuan mereka. Katerina bertemu dengan Kasyah lagi walaupun dia kecewa… Apabila cinta mereka semakin kuat mereka terpaksa menghadapi banyak cabaran dalam perhubungan mereka…Adakah cinta mereka akan bertahan?  Tonton kisah cinta epik ini nanti dan anda akan mengetahui pengakhirannya …

Trailer Lagenda Budak Setan 2

Filem Lagenda Budak Setan 2 yang diarahkan oleh Sharad Sharan ( pengarah ombak rindu ) ini mengekalkan hero yang sama iaitu Farid Kamil yang akan bergandingan dengan Maya Karin sebagai Katerina…dan  juga Bront Palare….

Bertempat di Saloma Bistro baru-baru ini, satu majlis Pranonton & Pradengar Muzik Video & Lagu Tema Filem Lagenda Budak Setan 2 telah diadakan… Majlis ini turut dihadiri penerbit filem tersebut, Sharad Sharan yang juga merupakan penerbit filem seperti Lagenda Budak Setan 1 dan Ombak Rindu… Juga barisan pelakon Lagenda Budak Setan 2….

Barisan pelakon, pengarah dan penulis skrip



Nota Lastik : Dah tentu kena paksa dengan isteri nanti kena tengok filem ini..Dulu tangkap leleh juga masa Lagenda Budak Setan 1…huhu….

Kalu dah tonton nanti bolehlah MB buat review….

6,339 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam