Laurastar Swiss Technology & Design, Laurastar Lift

Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Susah tak nak menggosok baju ? Susah tak nak lining baju ? Nak nak kalau baju banyak lining seperti kemeja kan..kan.. Nak nak kita sebagai orang lelaki , campak je baju kat isteri suruh gosok, kan..? Tapi bukan MB lah ye.. Ada satu jenis seterika ni memang superb dan sangat bagus dan canggih. Gerenti kalau anda guna pasti cepat, mudah, dan kemas. Lepas tu pula kalau nak dry cleaning tak perlu kena hantar dobi.

Minggu lepas MB berkesempatan untuk menghadiri satu event di Petaling Jaya bersama 10 rakan blogger yang lain. Event bertempat di 10 Boulevard dimana event memperkenalkan seterika buatan Swiss yang sangat canggih dengan teknologi dan rekaannya.

Siapa Laurastar

  • Sebuah syarikat Swiss  diasaskan pada tahun 1980.
  • Menghasilkan dan pengedar  peralatan ‘Garment Care Systems’
  • Berpengkalan di Chate-St-Denis, Switzerland
  • Subsidiari di Switzerland, German, France, Benelux
  • Jumlah pekerja 250 orang
  • Mengeksport ke 37 buah negara
  • Lebih 2 juta produk dijual ke seluruh dunia

Serba sedikit pengenalan tentang syarikat Swiss yang mencipta seterika yang mempunyai teknologi dan rekaan yang sangat menarik. Untuk tambahan, Laurastar juga pernah diiktiraf antara 8 ciptaan  terbaik abad ini oleh Majalah  ‘Illustre‘ di Switzerland. Selain itu juga Laurastar pernah memenangi ‘Reddot Design Award Winner 2013‘.

Laurastar Swiss  Technology & Design
Laurastar Swiss Technology & Design

Produk yang diperkenalkan  ada 2 jenis produk  iaitu Laurastar Pulse dan Laurastar Lift. Kedua-dua jenis produk ini mempunyai kelebihan masing masing dan harga yang berbeza.

Mengapa produk LAURASTAR begitu unik

  • Stim tekanan tinggi

Semua produk Laurastar adalah bertekanan wap. Stim ini disebarkan secara berterusan dengan tekanan 3.5 bar dan tekstur mikro halus tidak merosakkan bahan. Prosedur ini menjamin kualiti yang sangat baik dengan menggosok dari awal hingga akhir .

Kerana ia dipanaskan dua kali, ada dua kali ganda jumlah stim kuat tambahan keluar dari seterika untuk menembusi jauh ke dalam serat dan menghapuskan serta-merta kedutan yang paling degil. Ini menjadikan papan sangat cepat dan mudah. Diberikan nafas baru dengan cara ini dapat mengekalkan penamat sempurna untuk masa yang sangat lama.

  • Pengudaraan Bersepadu

Dengan sistem pengudaraan 16 VA, Laurastar  mempunyai vakum dan sistem blower bersepadu lipatan untuk mengelakkan dan menghapuskan tanda jahitan. Ia dikawal secara automatik di MAGIC i -S5 itu.

Proses yang unik memenuhi permintaan untuk kesempurnaan dan kualiti pengguna yang paling teliti.

  • Tapak plat berbentuk Almond

Bentuk bulat dari tapak plat  pada seterika membolehkan digosok dalam mana-mana arah tanpa kusut .

Laurastar Lift

Laurastar Swiss  Technology & Design, Laurastar Lift
Laurastar Lift sangat mudah untuk dibawa kemana-mana dengan ciri yang canggih

Mempunyai 6 variasi warna iaitu :

Laurastar:-

  • Extra Taupe
  • Pure White
  • Original Red

Laurastar Lift + :-

  • Pinky Pop
  • Platinum
  • Ultimate Black
Laurastar Swiss  Technology & Design, Laurastar Lift
Salah satu warna piliha MB -Merah

Kelebihan seterika jenis Laurastar Lift ini antaranya :

  • Mempunyai satu pelaras suhu seterika (boleh digunakan untuk semua jenis kain silk,wool,chiffon etc)
  • Dry Cleaning hanya di rumah tidak perlu lagi menghantar ke kedai Dobi kerana Laurastar Lift mempunyai fungsi dry steam dengan suhu 160 darjah celcius.
  • Menjimatkan masa seterika  baju anda dengan Laurastar Lift anda boleh seterika banyak lapisan dalam 1 masa.
  • Hasil yang memuaskan kerana Laurastar Lift mempunyai tekanan steam yang tinggi semasa anda menggosok.
Laurastar Swiss  Technology & Design, Laurastar Lift
Samhat mudah untuk menggososok dengan Laurastar Lift

6 Tips Ringkas dan Kemas dengan Laurastar Lift

  • Sangat mudah untuk mengangkat dan dibawa kemana-mana
  • Kedudukan selamat bila seterika tidak diguna pakai kerana mempunyai tempat letak khas
  • Mempunyai tenpat khas untuk simpan wayar steam
  • Tangki air yang boleh dibuka
  • Mudah diletakkan kerana mempunyai rekabentuk tapak yang rata
  • Mempunyai ‘insulating mat’ untuk seterika yang masih panas.
Laurastar Swiss  Technology & Design, Laurastar Lift
Gaya kemasan gosokkan anda lebih kemas

Laurastar Lift Review

Laurastar Lift Demo

Laurastar Pulse

Satu lagi produk Laurastar ialah Laurastar Pulse. Produk jenis ini pula lebih canggih teknologinya juga rekaannya dan lebih sedikit dari Laurastar Lift. Ciri ciri Laurastar Pulse antaranya ialah ‘pulsed steam system‘, ‘active board‘ dan ‘3D Active Soleplate‘. Laurastar Pulse mempunyai teknologi ‘steam‘ juga seperti Laurastar Lift. 2 tahun guarantee diberikan oleh pihak Laurastar.

Laurastar Swiss  Technology & Design, Laurastar Pulse
Produk Ke-2 dari Laurastar iaitu Laurastar Pulse

Kelebihan Laurastar Pulse:

  • Boleh digunakan terus dalam masa 3 minit.
  • Mempunyai ‘Realtime Saver‘ dan ‘Removable Water Tank‘.
  • 2 pasang roda untuk memudahkan pergerakan ‘iron board’.
  • 6 tahap ketinggian yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian anda.
  • Jimat ruang kerana ia boleh dilipat.
  • Kabel automatik .
  • Berhenti berfungsi jika selepas 15 minit tidak digunakan.
  • Mempunyai kotak simpanan seterika jika tidak digunakan.
  • Iron Board‘ mempunyai blower untuk menyejukkan sistem semasa menggosok
Laurastar Swiss  Technology & Design, Laurastar Pulse
Boleh dilipat ‘iron board’ dan ditolak dengan roda khas juga disandarkan

Laurastar Pulse didatangkan dengan :

  • MYCover Board Cover
  • Softpressing Soleplate
  • Steam Cord Holder
  • 1 Aqua Refill
  • Insulating Mat
  • Drainage Tray

Memperkenalkan 2 fungsi tambahan :-

  • Pulsed Steam System
  • 3D Active Soleplate

Laurastar Pulse Review

Untuk maklumat, Laurastar merupakan seterika pertama yang menggunakan teknologi  canggih seperti ini. Pertama kali MB melihat seterika yang sangat canggih dan memudahkan kehidupan seharian kita. Terpegun memilhat demo yang dilakukan oleh staff mereka melakukan aksi menggosok dengan teknik teknik yang ringkas dan kemas.

Rasa nak beli satu untuk digunakan di rumah, supaya senang nanti isteri nak menggosok baju-baju, seluar atau segalanya. Jangan tak tahu bahawa, dengan Laurstar ini seluar jeans pun kita boleh gosok dengan mudah, selendang, dan pelbagai lagi jenis material. Lagi satu yang seronoknya ialah anda sendiri boleh melakukan ‘dry cleaning‘ tanpa menghantar ke dobi, kerana Laurastar mempunyai teknologi steam yang tinggi seperti yang MB terangkan diatas.

Melastik Bintang Demo Bersama Laurastar Pulse ( WAJIB Tonton )

Laurastar Swiss  Technology & Design, Laurastar Pulse & Lift
Demo semasa menggunakan Laurastar Pulse
Laurastar Swiss  Technology & Design, Laurastar Pulse & Lift
Bersama Kelly Chin yang turut berkesempatan untuk menggunakan produk ini
Laurastar Swiss  Technology & Design, Laurastar Pulse & Lift
Team Laurastar semasa event di pejabat mereka

Bagi anda yang ingin membeli Laurastar dan berminat untuk mencuba di bawah spesifikasi harga bagi 2 jenis produk ini :-

Laurastar Lift

1. Red, White Toupe – RM 2,999.00

2. Pink, Black – RM 2,799.00

3. Platinum – 2,999.00

Laurastar Pulse

1. RM 8,499.00

Aksesori Tambahan

1. Comfort Board – RM 410.00

2. Plus Board – RM 800.00

3. Filter – RM220.00 (3 in 1 ) Boleh tahan dalam linkungan 6bulan ke 1tahun

4. Board Cover – RM 265.00 , RM 240.00

Laurastar vs Seterika Biasa ( WAJIB Tonton )

Bagi mereka yang berfikir ‘ mahal lah seterika ni…‘ dibawah MB tunjukkan sebab kenapa berbaloi membeli Laurastar dan contoh keadaan biasa apabila anda menggosok baju menggunakan seterika biasa dan jika menggunakan Laurastar. Nanti anda akan dapat saksikan bagaimana mudahnya dengan Laurastar.

  • Kaedah Laurastar

  • Kaedah Seterika Biasa

Untuk maklumat lanjut boleh ke www.laurastar.com.my dan jika hendak membeli anda boleh terus ke Laurastar Retailers. Twitter Laurastar di Laurastar dan Facebook di Laurastar FB.

Laurastar Lift, Laurastar Pulse
Antara rakan blogger yang ada pada event Laurastar

5,153 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam