Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Ingat lagi tak review MB mengenai Philips Soy Maker tempoh hari? Kalau tak ingat boleh baca di link Philips Soy Maker ini.

Kali ini, MB nak tunjuk kepada anda semua bagaimana nak gunakan Philips Soy Maker ini, sebab terlalu mudah nak buat air soya dengan adanya produk ini.

Bukan air kacang soya sahaja boleh buat, tetapi buat sup ,bubur, five grains soymilk dan beberapa lagi jenis makanan.

Sebelum itu, kat bawah ini rupabentuk Philips Soy Maker kalau anda belum lihat lagi.

DSC_0168
Inilah Philips Soy Maker

Cara menyediakan Air Soya dengan Philips Soy Maker:

1. Sediakan Kacang Soya ( Beli di kedai runcit pun ada )

Soya
Inilah kacang soya kalau nak tahu

2. Masukkan kacang soya tadi ke dalam bekas yang telah disediakan seperti di bawah.

2
Penuhkan bekas tersebut untuk dapatkan sukatan air soya yang banyak

 

3. Kemudian masukkan kacang soya tadi ke dalam POT Soy Maker tersebut, dan masukkan air sehingga paras MAX. Tips : masukkan air yang panas jika hendak cepat.

3
Masukkan kacang soya tadi ke dalam POT

 

4. Sesudah itu, tutup POT tersebut dengan  penutup ( mata pengisar ) untuk memulakan proses membuat air soya.

4
Tutupkan POT untuk memulakan proses

 

5. Kemudian, pilih menu Soymilk di menu yang disediakan dengan menekan SELECT dan kemudian tekan butang START.

5
Beberapa fungss yang mampu dibuat oleh Philips Soy Maker

 

* Masa anggaran untuk siapnya air soya tersebut adalah dalam lingkungan 30 – 40 minit. Jika kedengaran bunyi BIP selama 8 kali bermakna air soya anda sudah pun siap diproses.

6. Tuangkan air soya tersebut ke dalam jug yang telah disediakan, jangan lupa untuk meletakkan tapis sebelum tuang ke dalam jug tersebut supaya tidak ada sisa sisa kacang yang di proses tadi ke dalam air soya anda.

6
Dah siap, tuangkan ke dalam bekas minuman anda…

 

Inilah rupa sisa sisa kacang soya yang telah diproses tadi.

7
Macam tepung pun ada sisa kacang soya ni..

 

Akhir sekali, SIAP air soya anda dan boleh menikmatinya dengan segar.

air
Tunggu apa lagi, jom minum!

 

Macam mana, mudah bukan nak buat air soya sekarang. Tak perlu beli di kedai atau di pasar, anda sendiri boleh jadi pengusaha air soya di rumah dengan adanya Philips Soy Maker.

3,821 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam