Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Pada 8 Jun lepas MB dan rakan-rakan blogger yang lain telah dijemput oleh pihak LG untuk menghadiri event LG Fiesta Roadshow di Piazza, The Curve. Roadshow ini sempena pelancaran LG’s World First 84 Inch Ultra HDTV. Besar kan 84″ ? Memang puas hati kalau dapat satu TV ni.

LG FIESTA
Credit Gambar to Akubiomed.com

Pendaftaran blogger seawal jam 10 pagi. Semasa mendaftar kami diberikan kumpulan kerana pihak LG telah pun menyediakan game untuk para blogger. Antara blogger yang hadir ialah Bro Framestone, Akubiomed,Ariff Shah, Anarm, Shakiddo, Boni KacakRuby, Cik Nurul, Ben Ashaari, Deq Noor, Namia, Anis Athirah, Hafiz RahimSyukri Tahir, Kikie dan ramai lagi.Kami juga dibekalkan Kaca Mata 3D ( Tanpa menggunakan bateri ) kerana ia diperlukan semasa menonton LG’s World First 84 Inch Ultra HDTV tersebut.

LG FIESTA
Pendaftaran Blogger – Credit Gambar to Akubiomed.com
Credit to Isaactan.net
Kaca Mata 3D – Credit to Isaactan.net
LG FIESTA
84 Inch Ultra HDTV – Credit Gambar to Akubiomed.com

Selain dari LG’s World First 84 Inch Ultra HDTV, kami juga diberikan penerangan beberapa jenis TV dari LG antaranya ialah LA8600 (Top Range of TV) dan juga BH9530 (HTS). 2 jenis TV ini memang menarik perhatian ramai kerana fungsi dan kelebihannya tersendiri.

LA8600 (Top Range of TV)

LG FIESTA
Credit Gambar to Akubiomed.com

Dengan tagline nya ” Smart, Inspired By You ” dan lebih jelas lagi ialah LG 60 Inch Cinema 3D Smart TV LA6800. Bila ada perkataan ‘Cinema‘ tu anda faham-faham sahajalah apa yang TV ini mampu lakukan. Nak tahu antara kelebihannya?

  • SMART CONTROL
  • SMART SHARING
  • SMART ENTERTAINMENT
  • COMFORTABLE 3D
LG 60 INCH CINEMA 3D SMART TV LA8600
Magic Remote
LG 60 INCH CINEMA 3D SMART TV LA8600
User Interface

Selain itu juga skrin TV tersebut direka khas mengikut skrin  Cinema dan yang menariknya ia mempunyai fungsi ‘Magic Remote‘ dimana ia seperti komputer yang menggunakan tetikus, anda boleh pilih menu atau apa sahaja di TV tersebut dengan menggunakan ‘Magic Remote‘. Jangan terperanjat juga kalau anda pun boleh bercakap dengan remote tesebut untuk memilih apa yang anda mahukan.

Maklumat Lanjut di http://www.lg.com/my/tvs/lg-60LA8600-led-tv

 

BH9530 (HTS) – 9.1CH Cinema Sound Home Theater

BH9530TW LG
Credit to Isaactan.net

Merupakan set bunyian ataupun sistem bunyi home theater. Bagi penggemar dan mereka yang mementingkan sistem bunyi di rumah anda, ini ialah salah satu pilihan yang menarik buat anda. “Be Prepared For The Most Realistic Sound Ever“, dengar tagline tersebut pun anda dapat bayangkan betapa hebatnya BH9530 (HTS) ini. Beberapa ciri menarik sistem audio ini ialah :

  • 9.1CH CINEMA SOUND
  • ARAMID FIBER SPEAKER
  • MIRACAST™
9.1ch CINEMA Sound
9 Jenis Speaker
24. Miracast__Miracast__BH9530
Sistem Miracast
Aramid Fiber Speaker_BH9530TW
Material Aramid Fiber

Mempunyai 9 jenis speaker dan 1 woofer. Setiap speaker menghasilkan bunyi yang berlainan dari setiap arah dan akan membuatkan anda lebih bertenaga mendengarnya. Diperbuat dari material Aramid Fiber dan sudah tentu akan menghasilkan bunyian yang lebih jelas. Yang menarik juga ada sistem Miracast dimana anda boleh melihat apa sahaja yang ada di dalam telefon bimbit anda pada skrin TV dengan menghalakan telefon anda pada Miracast.

Maklumat lanjut di http://www.lg.com/my/home-theater-systems/lg-BH9530TW

Macam mana menarik bukan apa yang LG sajikan kepada masyarakat. Teknologi yang canggih dan tidak terbatas penggunaannya.

Selepas itu juga para Blogger diberi kejutan dimana ada 3 game disediakan untuk kami semua. Antaranya ialah menjawab soalan berkaitan segala penerangan TV LG, Meneka 10 filem dan Tarian Gangnam Style.

LG FIESTA
Credit to Akubiomed.com
LG FIESTA
Credit to Akubiomed.com

Acara penamat ialah penyampaian hadiah kepada pemenang 3 game tersebut yang disampaikan oleh pihak LG sendiri. Walaupun kalah MB tetap gembira dengan suasana pada hari tersebut. Terima kasih kepada pihak LG dan Advertlets kerana sudi menjemput kami para blogger ini untuk menjadi orang pertama merasai kehebatan teknologi dari LG. Sangat bertuah!

6,227 total views, 14 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. LG antara jenama yang saya kagumi kerana teknologinya..kalau dapat beli tv tu memang lepas ini jarang2 pula dapat blogwalking.
    kakiblog Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Melayu BolehMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam