Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Hari tu si isteri ada ajak makan ice cream, tapi dah malam, pergi Secret Recipe pula tutup sebab dah jam 10 malam. Tak de rezekilah nampaknya untuk isteri.

Jadi esoknya isteri ajak pergi ke The Curve Damansara. Katanya nak makan chocolate pula. Layankan aje isteri tengah pregnant. Kita suami ni ikut je selera dia.

image
Dip N Dip Cafe di The Curve

Sampai The Curve, dia bawa aku ke satu cafe yang best iaitu Dip N Dip. Apa benda Dip N Dip ni?

dip ‘n dip has redefined the chocolate experience by all means, and is becoming the main joints all real chocolate lovers all around. In dip ’ndip you can have all your favorite sweets and drinks made as you order them with the world’s most luxurious Belgian chocolate which is pouring in front of your eyes in the chocolate fountains on display.

Pendek kata cafe ini menawarkan pelbagai menu yang berunsurkan Belgian coklat dan minuman pelbagai rasa.

Bab makan makan ni memang isteri memang expert. Kadang kadang entah mana mana tempatlah dia bawa.

image
Mr Ray memang cukup sukalah

Menu yang kita orang order dekat Dip N Dip ni ialah Chocolate Stick, Chocolate Wafer, dua menu ni rasanya dah cukup untuk mengenyangkan perut kita orang berdua. Sebab chocolate ni mana boleh makan banyak,maniskan. Wife aku order air Mixberry Tea dan aku pula pesan Chocolate Milk Shake. Nasihat aku jangan order milkshake kalau makan chocolate! Cepat muak nanti.

image
Chocolate Wafer
image
Chocolate Stick

Harga bagi semua menu tersebut lebih kurang dalam RM 41. Chocolate Wafer lebih kurang dalam RM 17  Chocolate Stick dalam lingkungan RM 13. Puas hati makan kat sini sebab SEDAP DAN CHOCOLATE YANG MELELEH.

image
Belgian Chocolate yang meleleh

DIP N DIP ada 2 lokasi satu di The Curve berdekatan dengan restoran Leko’ tingkat 1. Satu lagi lokasi ialah di bangsar. Bagi penggemar chocolate, korang memang kena pergi ke Dip N Dip ni seriously!

*Gambar diambil menggunakan Lenovo S930

19,904 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Kawe tinggal kat KK. Nama the Curve ni baru je dengar time Hari Raya lepas.
    Tak jumpa lagi kedai ni. Baru kenal dengan Choc World sahaja.
    Next time balik KL, kawe cari lak… borong banyak bawa balik KK. 😀
    Ismail N Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Mee Rebus MuarMy Profile

  2. Assalamualaikum. wahh meleleh air liur tengok. tak pernah mask dip n dip ni.. heeee macam nak redah g curve je. hehehee. syukur alhamdullilah, rajin layankan tekak isteri pregnant. hehehe sejuk hati dengor ~~~
    Sheila Salim Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Homemade Aiskrim GorengMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam