Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Siapa yang tak kenal dengan pelawak yang bernama Nabil, graduan dari program Astro Raja Lawak yang boleh dikategorikan pelawak yang sering melakukan  ‘stand alone comedy’… Tapi bila Nabil jadi Beruang rasa agak pelik juga, macam mana Nabil boleh jadi beruang pula…
Kalau nak tahu, memang betul Nabil akan jadi beruang dalam filem terbaru beliau iaitu Cinta Beruang…Ooooo filem rupanya, ingatkan betul-betul Nabil memang jadi beruang….suspension betul tajuknya….
Filem komedi Cinta Beruang ini akan dilakonkan oleh Nabil Ahmad (Nabu ), Jue Aziz (Liza), Tauke Rja Lawak, Ropie cecupak dan Sathiya…Sudah pun ditayangkan di pawagam pada 11 Oktober tempoh hari…

Macam ni kot rupa Nabil jadi beruang

Cinta Beruang mengisahkan Nabu (Nabil) yang didesak oleh keluarganya untuk mencari kerja supaya boleh berkahwin dengan Liza (Jue Aziz). Peluang berkerja sebagai penjaga binatang di zoo tidak dilepaskan olehnya. Malang apabila beruang dibawah jagaannya terlepas, demi menjaga reputasi dan menyelamatkan keadaan, Nabu bertindak menyamar sebagai beruang. Helah Nabu menjadi kerana tiada seorang pun petugas zoo perasan akan ketiadaan beruang sehingga ia menjadi tajuk utama akhbar pada keesokkan harinya. 
Apakah kesudahannya filem ini, anda boleh ketahui dengan menyaksikannya di pawagam…

2,629 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam