Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t
Masih ingat lagi dengan artikel Teaser : Felda Residence Hot Springs Sg.Klah ?? Itu mukadimah je dari MB untuk lokasi ini. Yang ini baru artikel ulasan / review pula. Kali ini MB nak singkap pasal penginapan kat sini, Bilik dan Villa.
Deluxe Room  Felda Residence Hot Springs
 
Ok, waktu dijemput bercuti disini, MB menginap di Deluxe Room. Boleh tahan besar juga bilik Deluxe ni, boleh muat 5-6 orang itupun kalau korang nak bawa Narita sendiri pun lagi bagus.

 

Amacam?? Selesa tak penginapan di Deluxe Room ni?? Bagi MB sudah cukup selesa dengan kawasan sekitar yang dipenuhi sawit dan tumbuhan-tumbuhan hijau. Sesuai untuk kita merehatkan minda dan lari dari kesibukkan kota.

Harga untuk Deluxe Room ini tidaklah begitu mahal. Ianya amat berpatutan dengan servis dan kemudahan yang ada.

Senarai Harga untuk tempahan Deluxe dan Villa

Villa  Felda Residence Hot Springs

Deluxe Room dah pun korang tengik kan. Sekarang MB nak tunjuk pula satu lagi penginapan di  Felda Residence Hot Springs iaitu Villa. Tapi waktu MB bercuti disini tak dapatlah nak menginap di Villa ni kerana kesemua villa yang ada penuh dihuni oleh pengunjung. Jadi hanya berkesempatan untuk meninjau kawasan Villa ini.
Pemandangan Villa dari luar
Ruang tamu yang cukup besar dan kemas
Bilik tidur yang selesa dan besar
Dapur yang cukup luas untuk aktiviti memasak

Yang paling menariknya dekat Villa ni, ada disediakan Private Jazkuzi tu. Bukan main meriah lagi. Memang syoklah dapat berendam dalam Jakuzi ni.
Lagi satu, kalau di Villla ni korang boleh masak sendiri ok, tak perlulah beli makanan di  luar. Nak buat BBQ pun boleh sebab ada kawasan yang khas disediakan.
Amacam menarik tak Jakuzi ni???
Persekitaran yang hijau dan segar

Penginapan yang amat selesa bagi MB dan harganya berbaloi. Kalau ada antara korang yang baru berkahwin dan MB sarankan disini pun korang boleh Honeymoon. Tenang dan nyaman je udaranya. Boleh hilangkan stress yang melanda diri anda.

Tips Menempah Deluxe & Villa

MB sarankan korang yang nak menginap disini bolehlah menempah awal. Untuk Villa kalau boleh tempahlah sebulan sebelum tarikh korang nak bercuti. Kerana Villa ini sentiasa penuh dan mendapat perhatian pengunjung. Kalau musim cuti sekolah jangan cakaplah memang penuh.

Kalau korang berminat hendak kesini dan menginap di Deluxe Room ataupun Villa boleh layari website dan facebook Felda Travel di :

Felda Residence Hot Springs,
Sungai Klah,
Sungkai 35600,
Perak

Tel: 05 4388803 | Tel: 05 4388805

Untuk maklumat lanjut boleh layari

www.feldatravel.com.my
atau www.feldaresidencehotsprings-perak.com

 

34,512 total views, 16 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam