Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Selalu kalau nak dengar lagu atau MP3 ke mestilah di telefon bimbit bukan.. Tapi kalau dengar dari telefon bimbit ni tak berapa puas kan.. dengan kelantangan bunyi yang terhad..

Jadi, MB nak tunjuk sikit kat korang semua, satu benda yang boleh memuaskan nafsu anda terhadap musik dan bunyi.. Jangan fikir yang bukan-bukan pula..Hahaha.. Benda yang MB maksudkan ialah Philips ShoqBox SB7200 Portable Bluetooth Speaker

Nampak macam speaker biasa je kan..kan..kan… Ha! Silap.. Ini speaker istimewa tau.. Sebab ada fungsi Bluetooth tau..Ingat telefon bimbit dan laptop je ke ada fungsi Bluetooth.. Speaker pun boleh sekarang..

Benda ni sebenarnya MB dapat percuma dari client atas pembabitan dalam Kempen Philips tempoh hari.. Walaupun tidak dibayar dengan sekurang-kurangnya MB diberi gajet mahal ni.. Klik SINI kalau nak baca kempen yang MB sertai tempoh hari..Harga di luar RM699..

Jom layan gambar dulu…

Waktu mengecas Shoqbox

Inilah rupa bentuk Shoqbox

Nampak tak sensor Bluetooth tu

Percubaan menukar lagu dengan swipe sahaja di sensor

 
 
Info Philips ShoqBox SB7200 Portable Bluetooth Speaker

Hidupkan sahaja Bluetooth pada peranti digital anda untuk memainkan lagu kesukaan anda pada speaker. Speaker ini dikemas kini dengan rekabentuk yang stylish yang mana sesuai sebagai pelengkap tambahan peranti digital anda. Bentuknya yang kompak memudahkan untuk dibawa kemanapun untuk menemani anda. 

 
Philips SB7200 disertakan dengan 2 neodymium speaker drivers dan sistem wOOx yang menghasilkan kualiti audio yang mengagumkan. Dibantu dengan berbagai fungsi lainnya seperti swipe sensor ( anda boleh menukar lagu dengan hanya swipe sahaja di sensor speaker ) dan built-in mic, membuatkan speaker ini merupakan pilihan yang tepat sebagai aksesori peranti digital Anda.

Kelebihan  Philips ShoqBox SB7200 Portable Bluetooth Speaker

  • Ketahanan Yang Ekstra
  • 2 Neodymium Speaker Drivers
  • Fungsi Swipe Sensor
  • Built-in Mikrofon
  • Fungsi Pairing 2 Speaker
  • Streaming Bluetooth

Nota Lastik : Lepas ni tak perlu beli dah Sonic Speaker ke Altec Lansing ke dah..Layan guna Shoqbox je..

3,645 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam