Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah rezeki untuk review produk makin bertambah, syukur kepada Allah S.W.T kerana limpah kurnianya. Dengan review produk dapatlah MB menambah sedikit sebanyak sumber kewangan. Untuk pengetahuan semua, review produk merupakan salah satu cabang dalam dunia blog untuk menjana pendapatan selain program affilliate, sewa ruangan iklan, advertorial, menghadiri jemputan majlis, E-Book dan lain-lain lagi.

Philips Viva Collection Airfryer HD9225

Untuk kali ini MB sekali lagi diberi kepercayaan oleh Philips Malaysia untuk berkerjasama dengan mereka. Sebelum ini sudah beberapa kali kami berkerjasama dalam menjayakan sesuatu projek. kempen dan aktiviti. Philips Viva Collection Airfryer HD9225, itulah nama produk yang MB ditugaskan untuk membuat review. Mungkin ramai yang belum tahu mengenai produk ini, tetapi sudah pun berada dalam pasaran sekarang.

Philips Viva Collection Airfryer HD9225

Airfryer yang baru ini memungkinkan anda untuk menyediakan makanan atau bahan olahan makanan anda dengan cara yang lebih sihat.. Airfryer menggunakan udara panas yang dikombinasikan dengan sirkulasi udara berkecepatan tinggi (Rapid Air) dan pemanggang untuk mengolah aneka masakan lazat secara sihat, cepat dan mudah. Bahan anda akan dipanaskan dari semua sisi sekaligus dan tidak perlu menambahkan minyak hampir untuk semua bahan. Dengan tambahan pemanggang (HD9225) anda sekarang dapat membuat sajian seperti kek, quiche serta memasak makanan renyah dengan cara yang lebih praktis.

Philips Viva Collection Airfryer HD9225

Dengan menggunakan Philips Viva Collection Airfryer HD9225 ini, dunia masakan anda jadi lebih mudah dan cepat, kenapa? Sebab ia menggunakan sistem elektrik dan tidak perlu menggunakan lagi dapur gas, tong gas dan api. Pelbagai jenis masakan anda boleh buat dengan menggunakan Philips Viva Collection Airfryer HD9225 ini antaranya ialah:

1. Kentang Goreng
2. Steak
3. Nugget
4. Kek
5. Muffin
6. Ayam Panggang

Cara penggunaan Philips Viva Collection Airfryer HD9225

1. Lepaskan pan dari Airfryer dengan berhati-hati
2. Masukkan bahan-bahan dalam keranjang
3. Kembalikan pan ke Airfryer
4. Laraskan suhu kepada suhu yang anda inginkan
5. Tentukan masa untuk memasak bahan dan biarkan ia
6. Jika anda mendengar bunyi timer , bermakna bahan anda sudah pun masak
7. Keluarkan dan periksa samada masak atau tidak
8. Jika sudah masak boleh keluarkan dengan berhati-hati

Hasil Masakan Menggunakan Philips Viva Collection Airfryer HD9225

Dibawah MB telah pun mencuba beberapa makanan untuk dimasak dengan menggunakan Philips Viva Collection Airfryer HD9225.

1. Kentang Goreng

Philips Viva Collection Airfryer HD9225
Philips Viva Collection Airfryer HD9225

Philips Viva Collection Airfryer HD9225 Philips Viva Collection Airfryer HD9225Philips Viva Collection Airfryer HD9225 Philips Viva Collection Airfryer HD92252. Sosej

Philips Viva Collection Airfryer HD9225 Philips Viva Collection Airfryer HD9225 Philips Viva Collection Airfryer HD9225 Philips Viva Collection Airfryer HD9225

3. Ayam Bakar

Philips Viva Collection Airfryer HD9225 Philips Viva Collection Airfryer HD9225 Philips Viva Collection Airfryer HD9225 Philips Viva Collection Airfryer HD9225 Philips Viva Collection Airfryer HD9225

Apa yang boleh diperkatakan ialah dengan menggunakan Philips Viva Collection Airfryer HD9225 ini, pasti si isteri dan suami lebih rajin untuk ke dapur memasak. Kerana apa, kerana ianya sangat mudah dan cepat dalam penyediaannya. Juga dapat menjimatkan masa dan tidak perlu lagi kita untuk memerhati dari mula hingga akhir, anda boleh buat apa sahaja aktiviti anda tanpa menghiraukan masakan anda.

Dengan Philips Viva Collection Airfryer HD9225 ini juga, masakan kita jadi lebih berkhasiat kerana kurangnya penggunaan minyak terhadap bahan masakan kita. Bila kurangnya minyak bermakna kita bebas daripada kolestrol yang sebelum ini kita tidak mengawal penggunaan minyak dalam masakan kita. Bahagian masak pada bahan makanan juga nampak lebih sekata. Produk ini memang agak bagus dan bersesuaian dengan harga di pasaran, perlu ada satu Philips Viva Collection Airfryer HD9225 ini didalam institusi keluarga.

Hidup Lebih Sihat Kurangya Minyak Dalam Pemakanan “

10,340 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam