Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Bila lihat tajuk artikel ini pasti ramai tahu ianya sebuah tajuk lagu yang pernah hits suatu masa dahulu nyanyian dari Zarul Umbrella. Memang tidak dinafikan lagi lagu ini sememangnya top kerana menjadi siulan sehingga kini. Lagu ini juga salah satu lagu pujaan MB waktu bersekolah dahulu, dan lagu dinyanyikan semasa karaoke cuma part chorus tu terpaksa di’mudah’kan… Hehehe..

Ok, pagi tadi dapat PM Twitter dari Bro Zarul. Yang menghantar pesanan untuk mendengarkan lagu Ramalanku Benar Belaka 2013, terasa bertuah kerana menjadi antara yang pertama mendengarkanya.

Dekat sini ke lagunya?

Ramalanku Benar Belaka 2013
Private Message Twitter

Apa lagi cepat-cepatlah MB klik link lagu tersebut. 25 saat yang pertama, memang anda tidak akan dapat tangkap ianya lagu Ramalanku Benar Belaka kerana melodinya agak berbeza. Selepas itu barulah MB dapat tangkap lagu ini. Apa yang boleh MB katakan lagu Ramalanku Benar Belaka versi Orkestra ini memang best! Banyak kelainan yang ditonjolkan, melodinya lebih segar dan powerful dan arrangement lagu yang diiringi bunyian orkestra tampak lebih menarik dan sedap didengar. Berbeza dengan arrangement asal yang dinyanyikan Bro Zarul dahulu. Nah teaser untuk anda dengar RAMALANKU BENAR BELAKA 2013

Ramalanku Benar Belaka versi Orkestra ini dinyanyikan oleh Bro Zarul sendiri dan hasil ciptaan Saari Amri dan gubahan semula oleh AG Coco (guitaris Hujan ), terbitan Neo Record. Lagu ini akan release dalam masa terdekat, jadi anda semua tunggu dan dengarkan lagu versi orkestra ini, sangat memukau. Good Job bro Zarul..! Terima kasih atas kepercayaan kepada MB untuk perdengarkan lagu baru ini.

ps: saja tak nak letak link lagu yang penuh punya.. bagi anda semua suspen dan terkinja-kinja.. =)

 

2,555 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam