Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Pertemuan pertama dengan si cilik adik Raykarl Iskandar tempoh hari di Sidang Media Ajiboy amat menyeronokkan. Bukan apa dengan melihat telatahnya yang bersahaja dan petah berbicara dengan individu yang lebih dewasa tidak menampakkan si cilik ini berusia 7 tahun.
Raykarl Iskandar,Ajiboy
Raykarl Iskandar
Kemungkinan juga disebabkan itu dia diambil oleh Ismail ‘Bob’ Hashim untuk melakonkan watak Ajiboy yang amat sesuai dengan perwatakannya di luar. Semasa sesi temubual antara media dan adik Raykarl, dia agak petah berbicara dan adakalanya berhati-hati semasa menjawap soalan dari pihak media. Walaupun temubual tidak formal, tetapi dia bijak mengawal tingkah lakunya dan yang kelakarnya dia siap memberi soalan sendiri untuk ditanyakan kepadanya.
Petikan dari soalan Raykarl :

“Awak semua tak nak tanya ke berapa umur mak ayah saya?”

Kami yang berada di depan dia sudah tergelak bila dia sendiri yang memberikan soalan kepada kami. Banyak juga telatahnya yang mencuit hati semasa berbicara dengan si cilik ini.  Paling tidak boleh dilupakan ialah soalan berikut yang diajukan kepadanya.
Soalan dari pihak media :

“Dekat sekolah girlfriend tak marah ke berlakon? 

“Mana ada girlfriend, tak sunat lagi” jawap Raykarl berbisik.

Perbualan lebih kurang begitulah antara Raykarl dan pihak media.

Hehehe, tak sangka jawapan itu yang keluar darinya. Ada sedikit humor juga adik Raykarl ini.
Raykarl Iskandar,Ajiboy
Kalau anda pernah menonton sebuah drama di TV3, 25 Oktober lalu, yang bertajuk Jubah Putih Kain Kapan, Raykarl turut berlakon dalam drama tersebut. Lakonannya yang menyayat hati para penonton.
Raykarl Iskandar,Ajiboy
Diharapkan adik Raykarl terus berjaya dalam industri perfileman dan dalam masa yang sama juga tidak lupakan juga pelajaran. Semoga terus maju!
Melastik Bintang, Raykarl, BroFramestone



8,535 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam