Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Denaihati.com? Pasti anda pernah dengar blog personal terbaik ini bukan? Kalau anda seorang blogger anda teramat rugi jika tidak kenal dengan blog ini dan pemilik blog ini.

Tuan Haji Amir  atau lebih dikenali Denaihati di kalangan blogger merupakan pemilik kepada blog Best of the Best Blog 2012, Most Creative Blog 2013 dan terkini Top 3 DiGiwwwow Blogger of the Year.

Blog ini merupakan blog wajib yang MB aka kunjungi kerana tidak lekang dari artikel-artikel yang penuh berinformasi dan blog ini sering mengadakan sesuatu pertandingan untuk menghargai rakan blogger. Dan yang terbaru blog ini telah ditransformasikan dari segi layoutnya. Yang pasti layout terbaru ini amat menarik perhatian.

Seperti kata Tuan Denaihati “Blog Denaihati bukan sahaja sebuah blog personal tetapi bakal menjadi sebuah platform yang akan memberi kenikmatan baru kepada Rakan Blogger.”

Dengan ini MB mengambil peluang untuk membuat review mengenai muka blog baru Denaihati. Apa yang menariknya dengan layout terbaru ini:

  • GTMetrix Blog Denaihati

Untuk blog performance memang MB salute pada blog ini kerana sungguh mengagumkan dengan Page Speed Grade, YSlow Grade & Page Load Time.

muka blog denaihati 2
Summary Performance Blog

Yang ini pula ringkasan dalam bentuk graf untuk performance blog Denaihati:

muka blog denaihati
Page Load Time dan Page Sizes
  • Blog Loading

Ini apa yang MB cuba untuk mengetahui kelajuan blog.

Loading Test
Loading Test
  • Paparan Muka Depan

Blog ini menampilkan paparan muka depan yang lebih menarik lagi dan paparan baru ini lebih menonjolkan artikel-artikel yang terbaru dengan lebih jelas lagi. Pembaca pasti akan tertumpu terus kepada artikel terbaru Denaihati kerana ianya lebih besar dan jelas.

7-8-2013 7-58-27 PM
Paparan Muka Hadapan
  • Artikel Mengikut Kategori

Ini salah satu yang menarik juga di paparan muka depan blog, dimana ianya menunjukkan semua jenis artikal atau kategori artikel di dalam blog ini. Di setiap kategori mempunyai artikel-artikel yang baru tanpa anda perlu ke bahagian Archive. Ini lebih memudahkan anda lagi.

7-8-2013 7-31-45 PM
Kategori Artikel
  • Paparan Aktivti Denaihati Network

Inisiatif yang terbaik dilakukan oleh blog ini dimana setiap aktiviti yang dijalankan oleh team Denaihati turut dipaparkan di bahagian paparan muka depan ini. Pembaca boleh terus mengetahui tanpa mencari-mencari di dalam blog.

7-8-2013 7-32-16 PM
Layout Aktiviti Denaihati
  • Bahagian Menu Blog

Apa yang dipaparkan di bahagian menu blog Denaihati kali ini nampak lebih teratur dan lebih kemas. Mudah bagi pembaca untuk melayari menu.

7-8-2013 7-28-55 PM
Menu Bar atau Nav Bar

Bahagian Artikel

  • Tajuk Artikel

Kali ini tajuk setiap artikel lebih jelas dengan pemilihan jenis font dan saiz font yang besar. Terus mengunci pandangan mata pembaca.

7-8-2013 7-33-57 PM
Tajuk Artikel Yang Sangat Jelas
  • Pengisian Gambar

Tak pernah lagi MB jumpa cara blog ini meletakkan gambarnya di dalam satu slider. Kebiasaannya slider hanya terletak di bahagian header blog di muka hadapan blog. Tetapi di blog Denaihati ini kelainan yang paling ketara iaitu menggunakan teknik slider di dalam artikel dengan memuatkan gambar-gambar berkaitan. Menjimatkan ruang artikel dan tampak lebih menarik.

7-8-2013 7-34-55 PM
Gambar yang menggunakan teknik Slider
  • Artikel Pautan

Artikel-artikel yang lebih kemas dan tersusun terpapar dengan layout terbaru ini. Sangat menyenangkan pembaca sambil scroll ke bawah.

7-8-2013 7-39-27 PM
Artikel pautan yang kemas

Bahagian Sidebar

  • Sosial Media Artikel

Satu lagi kelainan yang ditunjukkan di blog ini ialah bahagian sosial media button. Kebiasaan kita melihat button hanya diletakkan di bawah artikel ataupun menggunakan floating button tetapi di blog ini anda dapat melihat kelainannya dimana apabila anda halakan mouse anda ke bahagian tersebut akan menunjukkan jenis sosial button yang ada.

7-8-2013 7-40-44 PM
Sebelum Klik
7-8-2013 7-41-52 PM
Selepas Klik
  • Kedai Denaihati

Idea yang bijak kerana Blog ini mengambil peluang dengan menonjolkan produk-produk mereka di bahagian sidebar iaitu bahagian yang paling kerap pembaca akan tuju.

7-8-2013 7-43-20 PM
Kedai Denaihati
  • Footer Blog

Disini, Tuan Denaihati meletakkan hampir semua jenis client yang pernah berkerjasama dengan blog Denaihati.com . Secara tak langsung pembaca dan advertiser membuka mata terhadap blog ini. Memang terdapat kelebihan pada footer blog ini kerana diletakkan senarai client blog Denaihati.com

footer
Footer menonjolkan Syarikat yang pernah berkerjasama dengan Blog ini

 

Itu antara kelainan yang MB rasa amat menarik di blog ini. Tetapi ada beberapa perkara yang MB rasa kurang Umphh di blog ini dan ada widget yang tidak ada seperti layout yang lama. Antaranya ialah:

  • Header Blog

Header blog ini nampak lebih kecil. Bagi MB kurang menarik dan kurang memberi perhatian kepada pembaca. Header pada layout lama MB rasakan lebih menarik. Kerana besar dan cukup jelas. Mungkin Tuan Denaihati boleh membaik pulih bahagian Header ini.

1
Logo Header nampak kecil
  • Bahagian Sidebar

Di sisi sidebar pula agak sedikit informasi yang ada, nampak seperti ada yang kurang dan tidak lengkap.

  • Widget Top Komentor

Kalau anda perhatikan pada layout sebelum ini, pasti nampak di bahagian sidebar ‘Top Komentor / Mesra Bulan Ini’ widget. Pada layout terbaru ini MB tidak dapat mencari widget tersebut dan di sidebar juga tiada. MB menyarankan kepada Tuan Denaihati untuk meletakkan semula widget tersebut kerana pembaca dapat mengetahui siapa top komentor blog tersebut.

Itulah yang boleh MB kongsikan mengenai layout terbaru blog Denaihati ini. Harap dapat membantu Tuan Denaihati. Walau apa-pun muka blog terbaru ini amat menarik dan lebih elegan.

Sekian Terima Kasih

4,509 total views, 6 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. memang nampak perubahan yang ketara dalam layout blog denaihati. bro amir sentiasa melalukan proses penambahbaikan dalam blognya untuk lebih maju ke hadapan. satu review yang detail dari MB. thumbs u

  2. tue diaaaaa.. kalau suh MB review blog fyna, lagi macam-macam kan. hehehe..

    *eh!! blog MB pun dah nampak lain*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam