Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Kalau cerita pasal X-Men, MB percaya mesti ada kaki yang fanatik dengan X-men ni. Lagi-lagi yang muda-muda macam MB ni, pasti layan punya kartun X-Men. Watak-watak yang terkenal seperti Cyclops, Wolverine, Beast, Profesor X, Storm dan ramai lagi.
Masih ingat lagi Filem X-Men yang lepas iaitu X-Men – First Class, MB dapat info yang akan ada sekuel terbaru filem tersebut. Sekuel tersebut akan berlandaskan sedikit siri klasik X-Men iaitu Days of Future Past dan kemungkinan judul filem tersebut ialah Days of Future Past. Judul filem tersebut diambil daripada komik X-Men pada tahun 1980an.
Sekuel tersebut kemungkinan akan ditayangkan  pada Julai 2014 nanti mengikut apa yang dikatakan oleh penerbit filem tersebut iaitu Bryan Singer.
Seperti filem-filem X-Men yang lepas, apa yang klimaksnya ialah memikirkan mutant baru yang mana akan muncul dalam filem-filem X-Men. Untuk filem sekuel X-Men – First Class ini, antara watak mutant yang akan muncul ialah :

 

Nantikan kemunculan filem ini. Lama lagi nak sampai 2014 tu kalau baca pada post MB mengenai filem-filem 2013 memang tiada filem sekuel X-Men ini.
Nota Lastik : Tak pernah miss sekalipun filem-filem X-Men….

2,743 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam