Pelikat Pants Hey Dot My, Harga Pelikat Pants, Seluar Pelikat,

Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Bungkusan yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai ke rumah. Mujur MB ada di rumah waktu itu, kalau tak jenuh nak ke pejabat pos untuk pergi ambil bungkusan.

Nak tau bungkusan apa ? Bungkusan kiriman dari Hey Dot My iaitu Pelikat Pants yang MB tempah. Pelikat pants ni dah jadi satu trend kat Malaysia, apabila kumpulan Boboi yang branding kan pelikat pants ini. Kalau ikutkan dah lama sebenarnya ada pelikat pants ni kat pantai timur.

Pelikat Pants Hey Dot My, Harga Pelikat Pants, Seluar Pelikat,
Bungkusan yang dah sampai ke rumah

MB dah pun cuba dan pakai pelikat pants yang ditempah. Kain pelikat pants tersebut lembut dan rasa licin, bila memakainya amat  selesa. Warna pula MB ambil warna gelap sebab mudah nak match kan dengan baju kalau nak keluar kemana-mana. Lepas tu yang seronoknya ada poket di belakang jadi mudah nak simpan barang di poket.

Pelikat Pants Hey Dot My, Harga Pelikat Pants, Seluar Pelikat,
Dari sisi.. Smart kan…

Harga jenis pelikat pants yang MB tempah ini ialah RM39.00 dan kos pos semenanjung ialah RM6.00 / Sabah Serawak RM10.00.

Pelikat Pants Hey Dot My, Harga Pelikat Pants, Seluar Pelikat,
Dari belakang… Lagi smart…

Pelikat pants yang MB tempah dari Hey Dot My ini bersaiz M, dan bukan yang bercawat labuh seperti pelikat pants boboi, tambahan pelikat pants ini bergetah pinggangnya.  Jadi kalau anda berminat dan hendak beli anda boleh ke Hey Dot My atau hubungi Ejam Othman , atau Wassup 0123142179 untuk tempahan pelikat pants.

5,865 total views, 7 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam