Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Isnin 5 November 2012, MB berpeluang untuk menghadiri satu sidang media dan pra tonton filem keluaran MIG iaitu Ajiboy. Bertempat di TGV Cinema di Sunway Pyramid.

Filem Ajiboy diarahkan oleh saudara Ismail ‘Bob’ Hasim dan merupakan salah seorang pengarah di bawah naungan Skim 10 Pengarah Muda MIG. Banyak filem-filem komedi box-office  yang telah dihasilkan oleh beliau antaranya Ngankung, Adnan Sempit 2, Alamak Toyol, Bini-biniku Gangster dan lain-lain lagi.

Filem Ajiboy
Barisan Pelakon Ajiboy & David Teoh

Sedikit Sinopsis Filem Ajiboy :

Ajiboy seorang kanak-kanak yang genius  dan petah bercakap yang dilakonkan oleh adik Raykarl Iskandar. Ajiboy anak kepada pengusaha taman tema air iaitu En.Fauzan (Angah Rajalawak). En.Fauzan mengamanahkan tugas beliau kepada Ajiboy  buat sementara waktu untuk menguruskan taman tema air tersebut.
Mat Saja (Zalif Sidek) & Cumi (Epi Raja Lawak) merupakan Head Supervisor di taman tema air tersebut, sentiasa mengambil kesempatan atas jawatan yang diberikan seperti memberi barang-barang percuma untuk menarik perhatian pengunjung wanita. Mereka berdua memandang remeh terhadap Ajiboy.
Akibat perbuatan mereka berdua, Ajiboy menurunkan pangkat mereka dan diarahkan melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar taman tema tersebut. Dalam pada masa yang sama Ajiboy sedang mencarikan isteri untuk ayahnya En.Fauzan. Ajiboy berkenan pada Cik Nisa (Adiba Yunus) iaitu setiausaha kepada En.Fauzan.

Mampukan Ajiboy menyatukan ayahnya dan Cik Nisa? Adakah Mat Saja dan Cumi akan meneruskan niat mereka untuk mengkhianati En.Fauzan? Dapatkah Ajiboy menyelamatkan Taman Tema Air milik ayahnya? Semua bakal terjawab di pawagam 8 November ini.

Filem Ajiboy
Barisan Pelakon & Ismail ‘Bob’ Hashim

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem Ajiboy ini ialah Raykarl Iskandar, Angah Raja Lawak, Zalif Sidek, Epy Raja Lawak, Adiba Yunus dan Fyza Kader. Kemunculan adik Raykarl dalam filem ini menampakkan yang beliau seorang yang petah berbicara sama seperti di luar filem. Telatahnya yang mencuit hati penonton ditambah pula dengan gelagat Zalif Sidek dan Epy Raja Lawak membuatkan filem ini menyeronokkan.

Watak Angah Raja Lawak pula sebagai seorang duda dan ayah yang sangat penyayang. Walaupun sibuk dengan urusan kerja, beliau masih tidak lupakan tanggungjawabnya kepada Ajiboy. Kali ini watak Angah agak serius sedikit berbanding watak-watak filem lain beliau.

Filem Ajiboy
Angah Raja Lawak

Adibah Yunus pelakon baru yang pernah muncul dalam filem Adnan Sempit 2, kali ini ditampilkan dalam filem ini untuk bergandingan dengan Angah Raja Lawak. Pelakon yang meningkat naik ini memberikan lakonan yang agak baik dalam filem ini tetapi ada beberapa babak yang menampakkan beliau sedikit kekok.

Filem Ajiboy
Adibah Yunus, Raykarl & Angah
Filem Ajiboy
Raykarl Iskandar
Filem Ajiboy
Zalif Sidek & Raykarl
Filem Ajiboy
MB bersama Angah


Filem Ajiboy
BroFramestone, David Teoh & MB

Filem Ajiboy
MB, Raykarl & BroFramestone

Secara keseluruhannya, filem yang bergenre komedi ini amat sesuai ditonton oleh seisi keluarga dan bertepatan dengan cuti sekolah yang bakal bermula merupakan strategi terbaik dari MIG untuk mempromosikan filem Ajiboy. MB memberikan 4 daripada 5 Bintang walaupun jalan cerita agak perlahan sedikit, tetapi dapat diatasi dengan telatah komedi adik Raykarl, Zalif Sidek dan Epy Raja Lawak.

Trivia MIG :

  • Filem Ajiboy merupakan filem yang ke-69 diterbitkan oleh pihak MIG.
  • Filem yang bakal menyusul selepas Ajiboy ialah Strawberi Cinta pada 6 Disember
  • 2 filem dari MIG akan ditayangkan pada Januari 2013 iaitu Minyak Dagu (3 Jan) & Wawa Semput (31 Jan)

Jangan lupa saksikan Filem Ajiboy di pawagam berhampiran anda pada 8 November 2012.

Ikuti perkembangan Melastik Bintang di Fanpage & Twitter @miorhafis

6,084 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam