Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Khamis lepas MB telah menghadirkan diri ke Sidang Media & Pra Tonton Filem terbaru arahan Afdlin Shauki iaitu Pontianak vs Orang Minyak
Pontianak vs Orang Minyak
Barisan Pelakon Filem Pontianak vs Orang Minyak

Bertempat di Cathay Cineplex  e@curve Damansara, majlis berlangsung  dengan meriah dengan kehadiran para 
pelakon, artis-artis, VVIP, pihak Media, Bloggers dan peminat untuk menyaksikan Pra Tonton filem Pontianak vs Orang Minyak.

Sinopsis Filem Pontianak vs Orang Minyak

Filem Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan dua hantu, Pontianak dan Orang Minyak yang baru berkecimpung dalam dunia hantu, namun bagi menguji kepintaran hantu terbabit supaya diterima dalam kelompok hantu, kedua-duanya diuji untuk menakutkan penduduk Kampung Puaka yang turut di diami lima orang bomoh atau pawang.

Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau.

Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka. Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.

Apa akan terjadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka dan apa pula akan terjadi kepada Ponti dan Omi? Saksikan filem Ponti Vs Omi (Pontianak Vs Orang Minyak) di pawagam.
Pontianak vs Orang Minyak
Lana Nordin
Pontianak vs Orang Minyak
Mizz Nina & Noh Hujan
Pelakon Filem Ponti Vs Omi: Johan (Omi), Nabil (Ponti), Afdlin Shauki (Pak Rejab), Khir Rahman (Sudiro), Lana Nordin (Ruminah), Adibah Noor (Saodah), Sharifah Shahirah (Ratu Syaira) dan Syarifah Amani (Maria).
Pontianak vs Orang Minyak
Nabil
Pontianak vs Orang Minyak
Johan
Sidang Media

Jalan cerita agak perlahan sedikit, tetapi idea dan konsep sesuatu yang berlainan dari filem seram komedi yang sedia ada dan menarik. Filem yang penuh dengan gelak tawa dan unsur komedi.
MB bersama Afdlin Shauki
MB bersama Nabil
Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam berdekatan anda nanti. Pasti pecah perut bila menontonnya.

6,317 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam