Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Sebelum ni aku ada review pasal Philips Soy Maker bukan? Jadi kali ini giliran aku review Philips Pressure Cooker pula.

Philips Pressure Cooker ni lebih kurang macam kuali juga sebenarnya cuma ianya menggunakan tenaga elektrik.

Pelbagai jenis masakan yang anda boleh buat dengan menggunakan Philips Pressur Cooker ini antaranya masak nasi, sup sayur, menggoreng ayam atau daging dan pelbagai lagi jenis masakan.

Resipi yang aku nak kongsikan kali ini ialah cara membuat sup daging menggunakan Philips Pressure Cooker ini.

1 Rendamkan daging yang telah siap dihiris.

20131122-024649.jpg

2. Masukkan minyak secukupnya mengikut jenis masakan yang anda ingin lakukan.

20131122-024935.jpg

3. Kemudian, pilih fungsi yang anda hendak gunakan. Pilih ‘Beef/Mutton’ terlebih dahulu.

20131122-025149.jpg

4. Masukkan daging yang telah direndam tadi dan tumiskan dengan perencah anda seketika sehingga baunya naik.

20131122-025432.jpg

5. Setelah 5 minit menumis, tambahkan air kepada paras yang sesuai untuk sup anda.

20131122-025710.jpg

6. Tutup Philips Pressure Cooker tersebut dan tukarkan fungsi ‘Beef/Mutton’ tadi kepada ‘Soup’ dan tekan ‘Start’.

20131122-030159.jpg

7. Tunggu lebih kurang dalam 15minit untuk sup anda benar benar masak dan lembut dagingnya.

8. Sup akan siap dimasak dalam masa 15 minit dan ianya boleh dihidangkan.

20131122-030518.jpg

Inilah dia Sup Daging yang telah aku masak dengan menggunakan Philps Pressure Cooker ini. Semuanya menjadi lebih mudah dengan adanya Philips Pressure Cooker jika anda seorang yang suka memasak atau malas memasak.

12,593 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam