Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama juga MB tak pergi ke event yang besar-besar ni. Maklumlah komitmen terhadap keluarga kadang-kadang membuatkan masa untuk semua itu terbatas. Alhamdulillah dalam masa terdekat ini MB akan menghadiri satu event yang boleh dikatakan besar dan meriah juga. Event yang berkaitan dengan produk elektronik.

LG 84” Ultra HD LED LCD 3D TV

MB telah pun dijemput untuk menghadiri blogger event LIVE LIFE LARGE LG’s yang akan diadakan pada 8 Jun 2013 jam 10 pagi bertempat di The Curve (The Piazza). Memang excited la MB untuk hadir ke event gempak ini, sebab event sebelum ini iaitu jemputan dari Mitsubishi MB terpaksa tolak kerana ada komitmen lain. Jadi event  LIVE LIFE LARGE LG’s inilah yang MB nanti-nantikan. Kenapa? Ha, Sebab ada benda yang menarik.

Yang menariknya ialah ada aktiviti disediakan dan beberapa games juga ada. Paling menarik ialah ada hadiah dari pihak LG untuk dimenangi pada hari tersebut. Jadi memang tak sabar la kan nak datang event ini.Kalau bukan untuk kita, untuk siapa lagi hadiah tu.

Bukan setakat itu sahaja dan bukan terhenti di situ sahaja, selepas daripada event tersebut akan diadakan blogger contest dimana Blogpost Terbaik akan memenangi LG 84” Ultra HD LED LCD 3D TV. WoW!! Memang terbaiklah jika dapat menang contest tersebut bukan, memang puas hati.

LG 84” Ultra HD LED LCD 3D TV
LG 84” Ultra HD LED LCD 3D TV

Apa yang MB harapkan semasa event tersebut ialah ianya akan pasti menarik dan meriah. Dan MB harapkan TV terbaru daripada LG tersebut mempunyai system bunyi yang sedap didengar, resolusi warnanya pasti tajam dan mempunyai kualiti yang tinggi, skrin yang besar dan yang penting ialah Definisi Tinggi ataupun HD. TV ini dilengkapi dengan Teknologi Cinema 3D dan  2.2 Speaker System. Boleh rujuk di website LG LED TV.

Istimewanya LG 84” Ultra HD LED LCD 3D TV

  • ULTRA HD TV 2160P
  • 84” GIGANTIC SCREEN
  • 2.2 SPEAKERS SYSTEM
  • COMFORTABLE 3D GLASSES
  • IPS Advanced LCD Panel
  • ULTRA HD Resolution Upscaler
  • Magic Remote
  • Flicker-Free 3D

Menarik bukan? Tetapi anda di luar sana jangan bimbang kerana anda juga boleh merasa semua itu kerana pihak LG akan mengadakan roadshow di tempat yang sama iaitu The Curve ( The Piazza) pada 7 – 9 Jun 2013 dari jam 10 pagi ke 10 malam. Jadi rebutlah peluang untuk menyaksikan sendiri produk terbaru dari LG.

8,645 total views, 13 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam