Real War dengan AIRSOFT

Airsoft??Apa benda Airsoft ni kan??Kalau paintball tu tahulah, dan pastinya ‘paintball’ akan tersenarai sebagai antara sukan lasak paling digemari terutama oleh mereka yang sukakan aksi peperangan dan mahukan cabaran.

Sukan seperti paintball memang amat popular di Malaysia dan banyak pertandingan telah diadakan. Sukan paintball bukan saja memerlukan keberanian, malah juga kepantasan, kepekaan, kecekalan, daya tahan diri yang kuat serta kekuatan mental dan fizikal untuk berdepan situasi seakan bertempur di medan perang.

Sebenarnya mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa ia belum cukup ekstrem atau lasak jika nak dibandingkan dengan satu lagi sukan yang hampir sama iaitu paintball,sukan ‘airsoft’.

Airsoft ni sangat popular kat negara Jepun dan sebenarnya bukanlah sukan baru, malah sudah dimainkan di kebanyakan negara termasuk Malaysia sebelum paintball, tapi di Malaysia ia tidak dihebahkan dan dimainkan secara tersembunyi. Erm, kalau dihebahkan pasti mendapat tumpuan kan.

Ketepatan dalam teknik menembak  tepat menjadi satu kelebihan dalam airsoft. Sama juga seperti sukan paintball yang memerlukan ketepatan dan ketangkasan.


Airsoft boleh dikategorikan sebagai 100 peratus menyamai situasi sebenar peperangan, menggunakan peralatan yang seakan sama seperti digunakan tentera, malah lapangan permainannya juga mirip keadaan sebenar. Sudah pasti itu yang membuatkan para pemain seronok dalam bermain Airsoft ini.

Melihat kepada senjata simulasi yang digunakannya saja membuatkan hati menjadi begitu teruja, apa lagi bila memegangnya kerana jika sesiapa saja biasa mengendalikan senjata sebenar, amat sukar menemui perbezaan pada senjata yang digunakan dalam sukan ini.

Sebut saja apa jenis senjata api yang ada di dunia, sama ada pistol atau senapang, tak kira moden atau klasik, replika senjata simulasi yang digunakan dalam airsoft ada semuanya, malah senjata yang baru dalam pembikinan dan belum digunakan di mana-mana sudah ada dijadikan senjata simulasi dalam sukan itu.

Antara senjata dan peralatan untuk bermain Airsoft:

Airsoft lebih ekstrem kerana kaedah permainannya menyerupai situasi sebenar suasana peperangan apabila ia bukan dimainkan di lapangan biasa, rekaan manusia seperti paintball tetapi menggunakan kawasan hutan atau rumah terbengkalai sebagai medan perangnya.

Di Malaysia, Airsoft begitu popular dimainkan dengan pelbagai jenis permainan sepert ipembebasan tawanan pertempuran jarak dekat, penaklukan bendera, pemusnahan pengganas, menjejak penembak tepat dan yang paling mendapat sambutan di seluruh dunia ialah lakonan semula situasi sebenar peperangan.

Jika anda berminat dalam sukan ini dan ingin mencuba boleh la search group  Malaysia Airsoft Team  dan page My Gear Center ( MGC ) di Facebook ataupun boleh terus ke   MGC di tingkat satu Summit USJ dan Register Membership hanya RM20 sahaja.

nota kaki: bilalah nak try main Airsoft ni..asyik men “bolacat” je…..

Parenting Dari Perspektif Seorang Suami. Malaysia Top Parenting Dad & Malaysia Parenting Blogger.”My family comes first. Maybe that’s what makes me different from other guys.”

3,317 total views, 18 views today

10 thoughts on “Real War dengan AIRSOFT

  1. Salam buat semua..
    Nk komen ttg airsoft

    Airsoft nie adalah satu aktiviti SUKAN EXTREM.
    Sukan nie dah lama org main kat luar negeri…malaysia je yg baru lagi…dari aspek undang2, tak tahulah samaada sah atau tidak kerna sukan ini menggunakan alat yg menyerupai senjata api yg sebenar.

    Di luar negara sukan ini dimainkan secara SIHAT dan disertai oleh lapisan serta golongan masyarakat yg berminat serta mendapat kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan serta keselamataan.

    Cuma di malaysia saja…yg mana masyarakat akan memandang negatif aktivifi ini kerana penggunaan peralatan yang menyerupai senjata api sebenar….ala biasalah..nnt ada yg cakap guna menede nie g merompaklah …menyamunlah….dan mcm mcm lagilah….

    Kat malaysia nie jgn kata props airsoft org guna g merompak aka menyamun….serbuk cili..cili boh…rempah kari…serbuk lada pun org guna wat menyamun aka merompak.

    Cite zdia senang je….aktiviti nie klu djalnkan secara sehat..terurus…teratur…terkawal xder masalah…yg bermasalah adalah individu2 yg xder otak dan mmg jahat menyalah gunakan props airsoft nie.

    Malas nk ckp byk2…cuma kasilah peluang utk airsoft berkembang secara sehat…

    Terima kasih n wassalam.

  2. how u know that airsoft already safe to play in msia? wont police bother if u play safely and properly like paintball? this sport can be all over the states in msia?

  3. SEMALAM BARU KEDAI BARU KENA SERBU KAN? PADAN MUKA TIPU ORANG RAMAI LAGI. DENGAN BARANG2 AIRSOFT, DENGAN TOKEY2 SKALI KE LOKAP. LAIN KALI JANGAN CEKIK DARAH, TAMAK SKANG APA DA JADI; KAD AHLI AKU PUN SMPI SEKARANG HARAM X DAPAT2 MGC DAN AMT PENIPU!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam