Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Blog Google Indeks

Persoalan yang paling penting bagi setiap mereka yang mempunyai blog ialah ‘adakah blog mereka di indeks oleh Google‘. Itu memang persoalan yang selalu menjadi tanya tanya,mana tidaknya anda sudah buat artikel tetapi bila cari di Enjin Carian Google artikel anda tidak dijumpai. Pasti akan rasa cemas dan kecewa bukan.

Jadi artikel kali ini MB terangkan sedikit bagaimana supaya artikel anda terindeks oleh Enjin Carian Google dan kenapa ia tidak di indeks.

Untuk melihat jika Google sudah tahu tentang laman web anda, lakukan ‘site search‘ blog anda di Google.

  • Jika halaman dari laman web anda muncul, ia bermakna laman web anda (atau sebahagian daripadanya) sudah dalam indeks Google.
  • Jika ia tidak muncul, dan mungkin ia sangat baru, Google mungkin belum dapat menemui halaman anda lagi. Gunakan halaman Submit Content anda untuk mempercepatkan lagi Google indeks halaman anda.
  • Jika laman web anda tetap tidak muncul, mungkin artikel atau halaman anda melanggar Garis Panduan Webmaster Google. Garis panduan Google direka untuk membantu webmaster mewujudkan laman Google yang mesra, baik dan web untuk pengguna.
  • Jika halaman anda muncul, tetapi halaman tersebut kelihatan pada rank page rendah, lihat sebab kemungkinan kenapa ia terjadi.

Diharapkan sedikit informasi yang MB kongsikan ini dapat membantu mereka yang masih was-was samada blog mereka sudah di indeks atau tidak oleh Google. Yang paling penting ialah ‘submit blog anda ke Google Webmaster‘.

8,319 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. samada tak ambil tahu atau memang sengaja menulis di alam maya ni secara suka-suka, ada jugak yang lansung tak ambil kesah pasal macam ni semua..
    pipoq Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Ro Mim Ba Wau TaMy Profile

  2. Submit link blog ke Google memang wajib buat.. Tapi bukan setakat submit ke Google je.. search engine Bing dan Yahoo pun jangan lupa buat.. Tak semua orang search kat Google.. ada yg suka search guna Bing atau Yahoo.. So, kat situ pun better kita submit jugak..

    Dah try guna Bing Webmaster Tools?
    Anarm Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13 (PRU13)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam