Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Usaha murni bagi mereka yang rajin review blog rakan-rakan harus dipuji. Ingat senang ke orang nak review blog kita macam tu sahajakan. Mungkin ada ‘win win situation‘ sesama mereka yang membuatkan mereka bersetuju untuk review blog rakan-rakan. Di Alexa pun kita boleh review blog rakan-rakan.

– Cara Review Blog Di Alexa –

Elemen_review_blog

Tetapi apakah yang ada dalam isi review anda itu? Walaupun anda bukan pengikut setia blog tersebut tetapi anda masih boleh review blog itu dengan menulis beberapa elemen yang akan MB jelaskan di bawah.

Elemen Penting

  • Reka Bentuk

Perkara pertama yang anda lihat apabila melawat laman web/blog seseorang ialah adalah reka bentuknya. Apakah reka bentuknya menyenangkan mata anda? Adakah ianya berserabut atau sukar untuk dilayari.

  • Kandungan

Elemen yang harus ada untuk anda review adalah isi kandungan laman web/blog. Adalah kandungan laman web/blog tersebut mudah dibaca dan difahami?
Adakah ianya logik dari segi akal? Adakah salah satu halaman yang menonjol dan hebat?

  • Gaya Penulisan

Gaya Penulisan adalah salah satu elemen yang sering orang ramai abaikan. Adakah penulis berkongsi pendapat beliau? Adakah anda mendapati diri anda berkaitan dengan apa yang ditulis oleh penulis? Adakah penulis menulis hanya sekadar ingin melepaskan batuk di tangga sahaja?

Review Blogger Luar Negara

  • Tatabahasa dan Tanda Baca

Adakah laman web/blog ini menggunakan unsur-unsur tatabahasa yang betul? Adakah terdapat kesilapan ejaan dan kesilapan tanda baca di seluruh tempat?

  • Keberkesanan mesej

Secara keseluruhannya, adakah anda mendapati bahawa laman web/blog ini berkesan dalam menyampaikan mesejnya?

  • Pembaca Website / Blog

Siapa pembaca yang dimaksudkan untuk laman web/blog ini? Kategori manakah pembaca laman web/blog tersebut?

  • Info Tentang Penulis 

Adakah terdapat apa-apa yang menarik tentang penulis? Adakah penulis seorang pakar atau adakah mereka tidak tahu apa-apa pun tentang apa yang mereka tuliskan? Adakah penulis seorrang yang jujur dalam penulisannya.

Mungkin ada lagi beberapa perkara yang anda ingin tambahkan dalam elemen-elemen nak review blog sesorang. Elemen-elemen di atas serba sedikit dari MB dan jika hendak gunakannya sebagai garis panduan adalah amat dialu-alukan.

Semoga apa yang kita tulis dalam review blog seseorang adalah ikhlas dan jangan sesekali menipu dalam apa yang ada tuliskan.

6,914 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Artikel yang sangat bagus,,memberi wawasan pada saya mengenai hal yang memang sedikit saya baru faham,,thanks

  2. Elemen-elemen yang dikongsikan memang sesuai untuk dipraktiskan. Kalau boleh review dengan memberi nasihat yang boleh ‘improve’ kan lagi sesuatu blog itu lagi baik.

  3. Saya kalau review blog akan tengok kat layouts, content, loading speed, seo doctor, rank alexa and PR.

    Point2 yg MB tambah diatas pun sesuai jugak tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam