Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Informasi kali ini MB hendak kongsikan sedikit maklumat mengenai Alexa.. Mungkin sudah ramai tahu apa Alexa ni kan.. Tapi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan blog harus tahu apa itu Alexa..

Alexa Rank

Definisi Alexa:

Alexa adalah syarikat terkemuka yang membekalkan informasi metrik web global. Fungsi Alexa untuk mencari laman web yang paling berjaya contohnya penggunaan kata kunci, kategori, atau negara. Alexa menyediakan maklumat mengenai laman web termasuk Top Sites, Internet Traffic Stats and Metrics, Related Links, Online Reviews Contact Information and Search.

Apakah Alexa Rank?

Iaitu Pangkat trafik laman web anda, berbanding dengan semua laman web lain. Ini disediakan oleh Alexa.com berdasarkan pemantauan terhadap toolbar Alexa yang dipasang di dalam pelayar mereka, digabungkan dengan carian imput kedudukan enjin dan jumlah carian. Berikut adalah contoh Alexa Rank Facebook.

alexa rank

Untuk maklumat  –  Global Rank ( 2 ) adalah Rank di seluruh dunia dan Rank In US ( 2 ) bermaksud Rank di dalam negara. Sites Linkin In bermaksud website luar yang menghubungkan link-link ke website kita.

Maklumat Lain Dalam Alexa

Bukan setakat Rank sahaja yang anda boleh tahu tetapi banyak lagi informasi-informasi yang menarik mengenai sesuatu laman web tersebut. Antaranya ialah Traffic Stats, Search Analytics, Audience, Contact Info, Reviews, Related Links & Clickstream.

Contoh Alexa Blog Melastik Bintang

5 Alexa Topsite

  1. Facebook
  2. Google
  3. Youtube
  4. Yahoo
  5. Wikipedia

Diharapkan sedikit penjelasan mengenai Alexa terjawab dan pembaca dapat input berguna dari artike ringkas ini.  In Syaa Allah kita berjumpa di perkongsian ilmu yang lain. Sentiasa berkunjung ke blog ini.

9,733 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam