Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

 Assalamualaikum w.b.t

Bertemu lagi dalam topik tips blogging.. Tips sebelum ini MB kongsikan mengenai Alexa, serba sedikit mengenainya. Diharapkan ia dapat membantu rakan-rakan memahami erti Alexa dan fungsinya.

Tips naikkan alexa

Kali ini masih lagi mengenai Alexa, MB nak kongsikan sedikit tips untuk meningkatkan ranking Alexa. Dari pemahaman dan pemerhatian yang MB buat selama berblog ini, ini hasilnya untuk dikongsikan bersama. Meskipun ramai dah tahu dan pelbagai tips yang ada, MB tetap mahukan ianya dikongsi bersama.

  • Gunakan Widget Alexa Pada Blog Anda

Alexa hanya memfokuskan pada laman-laman web yang berada di bawah pemantauan mereka, tujuan memasang widget Alexa adalah supaya Alexa dapat mengesan kedudukan blog / laman web anda.

  • Memberi Backlink Kepada Alexa

Wujudkan pautan balik ke Alexa dengan menulis tentang Alexa dan membuat post di blog anda. Pelbagai jenis topik atau informasi yang anda boleh ceritakan.

  • Perlu Mengemaskini Blog Anda

Kerap menulis artikel dalam blog anda amat memberi kesan kepada kedudukan Alexa blog / laman web anda. Jika anda mengemaskini blog anda dengan kerap, anda akan mendapat kedudukan yang lebih baik, kerana jika sekali ranking Alexa anda turun (Nilai mkin bertambah), ia cukup sukar untuk membawa ianya kembali naik (Nilai berkurang ).

  • Membuat Artikel Yang Berkualiti

Faktor ini juga memberi kesan kepada ranking blog anda, artikel yang berkualiti dan mempunyai isi kandungan yang unik dapat membantu anda untuk mendapatkan kedudukan ranking Alexa yang baik.

  • Berkongsi Artikel Anda

Berkongsi artikel anda di laman web rangkaian sosial media seperti Facebook, Digg, Stumbleupon, Twitter dan lain-lain. Ia bukan sahaja akan membawa sejumlah besar trafik ke blog anda, tetapi juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan ranking Alexa anda.

Apa itu Alexa

Berikut merupakan beberapa tips yang MB mampu berikan kepada pembaca semua. MB tidak janjikan yang anda akan dapat keputusan yang bagus dalam sekelip mata sahaja. Usaha perlu juga disertakan dengan tawakal.. In Syaa Allah jika anda memahami artikel ini kemungkinan ada peluang yang cerah untuk menaikkan ranking Alexa anda suatu hari nanti. Yang penting sertakan sekali dengan sifat kesabaran dan jangan putus asa.

7,307 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Terimakasih,,tipsnya sangat berguna buat saya pribadi dan semoga bermanfaat pula untuk pembaca yang lain,,saya tunggu tips-tips berikutnya yang lebih yahud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam