Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Artikel kali ini MB nak kongsikan mengenai ‘Claim Your Site At Alexa‘. Rasanya artikel sebelum ini MB ada terangkan apa itu Alexa, Tips Memperbaiki Alexa Rank dan beberapa tips dan informasi.

Tetapi anda juga perlu tahu bahawa anda juga perlu menuntut laman web anda di Alexa. Bukan  sahaja anda perlu ‘verify‘ laman web anda di Google Webmaster tetapi anda juga perlu ‘verify‘ laman web anda di Alexa.

Kenapa perlu anda ‘verify‘? Supaya anda akan dapat mengemas kini maklumat kenalan laman web anda, tajuk dan penerangan laman web anda, dan bertindak balas terhadap ulasan pembaca laman web anda dengan mudah.

Berikut cara-caranya:

  • Pergi ke halaman Alexa ( Pastikan anda sudah ada akaun di Alexa)
  • Jika tidak ada akaun, anda boleh membuat pendaftaran dahulu.
  • Kemudian pergi ke – Dashboard
  • Klik bahagian – Site Management & pergi ke – Claim Your Site

Claim Your Site Alexa

  • Kemudian anda akan melihat paparan seperti dibawah. Ada 2 cara untuk ‘verify‘. Pilih salah satu dan ikut sahaja arahan diberi

Claim Your Site Alexa

  • Selesai, blog anda sudah pun di ‘verify‘ oleh Alexa.

Semoga tips dan tutorial ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. Jika ada kekurangan harap dimaafkan dan sama-sama kita memperbaikinya. In Syaa Allah.

9,505 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Pingback: Ranking Alexa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam