Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Melahirkan bayi adalah saat yang dinantikan oleh ibu hamil. Selain ingin segera menamatkan bebanan perut yang ditanggung, ia juga untuk menghilangkan kesakitan yang dirasai akibat kontraksi .

Ibu hamil perlu memahami dan mengambil tahu bagaimana proses kelahiran bayi berlaku agar persediaan rapi boleh dilakukan.

Proses Kelahiran BAYI
Gambar Hiasan

Namun biasanya, proses kelahiran mungkin lambat tanpa sebarang sebab.

Perlu diketahui bahawa masa yang lebih lama diperlukan untuk pembukaan serviks seluas lima sentimeter pertama dan menjadi lebih cepat untuk lima sentimeter kedua. Ini disebabkan, apabila kontraksi menjadi lebih kuat, ia memudahkan pembukaan serviks dengan lebih cepat. Dibawah merupakan Tips bagi memendekkan proses bersalin.

5 cara pendekkan proses bersalin

  • Jauhkan diri dari katil. Berdiri atau melutut ketika proses bersalin berlangsung menggalakkan bayi ‘turun’ ke saluran peranakan. Perbuatan ini menambah tekanan kepada serviks untuk merangsang ia meregang dengan lebih cepat.
  • Elakkan epidural. Tahukah anda bahawa epidural sebenarnya hanya memanjangkan lagi tempoh proses kelahiran.
  • Kekalkan tenagan. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengambil snek berkhasiat yang kaya karbohidrat dan jus buah-buahan segar.
  • Tenangkan diri. Jika panik, proses kelahiran akan lambat bermula.
  • Berjalan-jalan. Jangan hanya berbaring di atas katil. Sebaliknya lakukan pergerakan dengan berjalan-jalan kerana ia boleh merangsang bayi bergerak ke saluran peranakan.

6,611 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

    1. sy jwb bg pihak MB ye…Epidural adalah suntikan untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi yang dialamai oleh ibu semasa proses kelahiran telah tiba…ianya disuntik di tulang belakang…tetapi diingatkan suntikan epidural lebih banyak keburukan dari kebaikannya..(^__^)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam