Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Sekilas pandang, memang agak sukar membezakan anak yang AKTIF dan HYPERAKTIF.

Apa itu AKTIF dan HYPERAKTIF. Jadi, jom kita kongsikan bersama dan kupaskan perbezaan kedua-dua “therms” itu.

Anak Aktif adalah anak yang memiliki kelebihan tenaga. Mereka memiliki keupayaan melakukan ‘aktiviti pergerakan’ lebih tinggi berbanding dengan anak-anak yang lain. Meskipun begitu, otak dan pemikirannya adalah normal. Keaktifannya menunjukkan dia bijak dan otaknya berfungsi dengan baik dan koordinasi badannya bagus

Anak kecil, badannya ringan dan bila dia bergerak, dia tidak banyak memerlukan tenaga, oleh itu untuk memastikan tenaganya digunakan dengan baik, maka dia perlu bergerak. Jika selalu sangat disuruh duduk diam, lama-lama mereka menjadi malas dan apa yang mereka suka lakukan ialah makan dan main video game..hehehe… (ada x ibu bapa yang inginkan anak seperti ini,tentu tidak kan..)

Ciri-ciri Anak Aktif:

  • Fokus

Ketika melakukan sesuatu aktiviti, anak ini akan duduk diam menyelesaikannya dalam kedaan baik dan tenang. Cth: bermain susun Puzzle.

  • Istirehat Setelah Penat

Anak ini akan berhenti bermain sebentar dan rehat setelah penat atau terasa lelah.

  • Tunduk Patuh & Bersedia Berkongsi

Mematuhi apa yang diminta oleh ibu bapa nya atau orang yang lebih tua dari nya. Cth: jika ibunya meminta mengemas kembali barang mainannya,ia akan turuti.

  • Bersabar
  • Boleh bermain dengan baik
  • Tidak terlalu kuat dan kasar bila bercakap

Aktif vs Hyperaktif

 

Anak Hyperaktif adalah anak yang memiliki gangguan tingkah laku yang disebabkan perkembangan otak yang tidak normal. Ia jadi sangat nakal, tidak boleh duduk diam, sukar diatur dan sukar diajari. Perkataan lain bagi Hyperaktif ini disebut juga Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Ini terjadi pada sesetangah anak kecil adalah mungkin kerana beberapa sebab, antaranya:

  • Pernah terjatuh atau kepala terhantuk pada objek keras
  • Gegaran otak
  • Faktor Keturunan atau Pembawaan anak sejak dari lahir

Oleh kerana perilaku yang sangat aktif, disebabkan itu, ia tidak mampu untuk kawal emosi dan aktiviti geraknya.

Ciri-ciri Anak Hyperaktif:

  • Tidak Fokus & Lalai
  • Tidak Tahu Erti Penat atau Lelah
  • Suka Memberontak, Menentang & Merosakan Barang
  • Agresif & Suka Mengganggu Orang
  • Melakukan Sesuatu Tanpa Tujuan
  • Tidak Sabar & Degil
  • Rasa Takut, Risau dan Tertekan
  • Kerap Berpeluh & Mengalami Sakit Perut dan Cirit Birit

Diingatkan, anak hyperaktif perlu dikawal dan dipantau sebaik-baiknya. Ini kerana di luar jangkaan ibu bapa, anak ini boleh melakukan aktiviti yang boleh membahayakan atau mencederakan diri mereka.

Aktif vs Hyperaktif

ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal.”

Antara Rawatan untuk mengawal anak-anak hyperaktif.

  • Pemakanan

– Pastikan yang halal dan dari punca yang halal dan berkhasiat.

  • Kasih Sayang atau Belaian

– Peluk di waktu pagi dan juga di waktu malam tiap hari.

– Tidurkan mereka dengan bacaan surah Maryam atau zikir nama tuhan atau asmaulhusna.

– Usap kepala mereka dan bacakan selawat shifa.

– Dikatakan memberi secawan teh markisa (yang diperbuat daripada daun markisa) atau dua gelas jus markisa dapat menenangkan kanak hiperaktif.

  • Pendidikan Pemulihan

– Masalah kerja rumah dan pembelajaran yang terjejas perlu diberi didikan.

  • Jangan Bosan

– Terus menerus mengulang perkara yang sama,supaya mereka cepat belajar.

  • Latih anak ini untuk jadi lebih Displin
  • Perbanyakkan komunikasi dengan mereka

Amalkan setiap hari, insya-Allah mujarab. Sehingga berjumpa lagi di informasi yang lain.

Artikel ini hasil dari pembacaan beberapa sumber dan diolah juga digabungkan. Antara sumber ialah dari Prof.Dr.Rozieta Shaary .

5,360 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Pingback: manfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam