Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Semalam ada salah seorang rakan MB bertanya kepada MB mengenai kesihatan bayinya. Petikan dari soalannya yang berbunyi adakah asap rokok boleh membawa jangkitan kuman pada paru-paru bayi?’.. Waktu itu sedang bersembang-sembang dengan beliau pasal anak masing-masing. Jadi tak banyak yang boleh dihuraikan oleh MB kepadanya pasal asap rokok tersebut kerana MB bukanlah seorang perokok.
Jadi balik daripada perjumpaan tersebut, MB terus buat kajian dan bacaan mengenai isu asap rokok ini. Jadi wujudlah artikel ini setelah membuat bacaan dan dapat informasi, tetapi artikel ini khususnya para bapa di luar sana yang merokok, kalau boleh jauhkanlah dari anak anda. Jom kita selongkar sikit pasal rokok ni. Apa benda yang ada dalam rokok ni.
Gambar Hiasan
Kandungan Rokok
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Bagaimana Asap Rokok Boleh Membawa Maut
Apa bahayanya asap rokok? Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. 
Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan.Tentu anda pernah dengar ayat ini ‘ penghidu asap rokok lebih berisiko berpenyakit daripada si perokok’ .. kan..
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Gambar Hiasan
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah 
  • Melahirkan bayi yang kurang berat badan
  • Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
  • Lebih terdedah kepada kanser
  • Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok 
  • Lebih mudah mendapat lelah
  • Mendapat jangkitan paru-paru
  • Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
  • Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
  • Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Kesan Asap Rokok Kepada Ibu Hamil dan Janin Yang Dikandung 
  • Keguguran janin
  • Tumbesaran janin terencat – 30% lebih tinggi
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Pendarahan dari uri (abruption placenta)
  • Kurang berat badan – 20 hingga 30%
Kesan Asap Rokok Kepada Bayi
  • Masalah dan penyakit pernafasan
  • Perkembangan kecerdasan otot terjejas
  • Jangkitan telinga
  • Leukeamia
  • Kanser otak 22%
  • Lelah – meningkat simptom lelah
  • Sindrom kematian secara mengejut

Gambar Hiasan
Sebenarnya memang agak susah untuk kaum lelaki untuk berhenti merokok, betulkan.. Walaupun MB tak merokok tetapi ramai rakan-rakan MB yang merokok jadi tahu keluhan mereka untuk nak berhenti merokok.. Tapi walaupun susah harap anda yang merokok jauhkan dari isteri dan anak anda. Sayangi mereka. Ingatlah “Setiap Sedutan, Membawa Padah”

Nota Lastik : Isteri MB akan cepat-cepat lari jika dia dan Mr Ray berhampiran dengan mereka yang sedang merokok, sebab takut asap rokok itu dihidu oleh dia dan Mr Ray.

27,141 total views, 8 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Ty dan family , especially Mummy who working for Cardio under KKM memang anti smoker , tapi I ever had 1 ex who die hard smoker la. Lucky not to be w him , kalau kawin mau Ty n anak2 kong. Well memang hate smoker. But if one day got future hubby a smoker juga , kena suruh dia baca ni and my mum kena tazkirah dia. Haha

  2. Bukti kemusnahan berganda dari asap rokok merata2 tapi perokok ttp terus tegar merokok tanpa batasan…

    Di mana2 saja ada perokok. Lebih tragis bila merokok tak hiraukan keadaan sekeliling. Cukup jengkel bagi ambe!

    Terima kasih MB kongsi tips ni. Usaha yg amat baik.

  3. fatwa telah dikeluarkan bahawa rokok adalah haram. tapi kenapa kebanyakan kedai masih bebas menjual rokok? even kedai melayu sekalipun. rokok, dadah, arak tiada bezanya. semua jelas haram. undang2 perlu diperketatkan supaya rokok ni dikawal ketat penjualannnya. buat seperti arak, tulis NON-Halal pada cermin.

  4. Bagi yang menghidu sisa hembusan rokok dipanggil sebagai ‘perokok pasif’ mereka paling berisiko kerana setiap rokok yang dihembus lebih banyak toksik. Kesiankan orang yang tidak merokok terpaksa menerima akibatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam