Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Lampin?Pampers? Sama je maksudnya..Bila sebut pasal lampin mesti dikaitkan dengan anak atau bayi anda kan. Apa yang MB nak kongsikan disini ialah mengenai Lampin dan Tatacara sebelum anda menukar lampin anak anda

Soalan yang kerap bermain di fikiran ibu bapa ialah –  Berapa kerapkah harus saya menukar lampin bayi?

Gambar Hiasan
Untuk makluman anda semua, menukar lampin bayi secara kerap adalah penting, sebab air kencing yang mengandungi bakteria dalam najis boleh membuat kulit menjadi merah radang dan menyebabkan ruam lampin.. Anda boleh menganggar akan perlu menukar lampin setiap kali sebelum bayi bersarapan atau selepasnya (kecuali pada waktu malam, sebab menukar lampin boleh mengganggu tidur bayi, kalau anda tak mahu tidur anda terganggu janganlah tukar kecuali lampin anak anda dah berat), dan juga apabila bayi membuang air besar..

Bayi membuang air besar beberapa kali sehari pada awalnya, dan terkencing setiap satu hingga tiga jam.. Lampin basah tidak mengganggu kebanyakan bayi, oleh itu jangan fikirkan yang bayi akan menangis atau menunjukkan ketidakselesaannya setiap kali lampinnya basah.. Lampin pakai buang menyerap lembapan dengan baik, jadi anda mungkin tidak menyedari yang lampin bayi sudah basah lencun.. Untuk mengelakkan masalah ini, periksa sama ada lampin itu basah dua jam sekali dengan meraba-raba dengan jari yang bersih..

Sebelum anda menukar lampin bayi anda, pastikan anda mempunyai semua yang diperlukan berdekatan anda antaranya ialah :

  •     Ruang yang selamat dengan permukaan yang bersih, dan boleh dicuci
  •     Lampin bersih
  •     Tong atau beg untuk membuang lampin yang kotor
  •     Tisu basah untuk lap atau kapas dan air suam
  •     Krim lampin jika bayi anda mempunyai ruam lampin
  •     Sesalinan pakaian untuk masa-masa lampin yang kotor itu telah bocor
  •     Alihkan perhatian bayi. Contohnya, anda boleh menukar lampin bayi di bawah mainan bergantung    atau  berikan dia anak patung lembut supaya dia asyik dan tidak sedar akan apa yang anda lakukan terhadapnya di bahagian bawah pinggangnya
Nota Lastik : Kaum Bapa harus tahu serba sedikit mengenai penukaran lampin anak anda, jangan harapkan isteri anda sahaja untuk menukar lampin, hehehe..

13,682 total views, 4 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Kadang-kadang saya tukar bila pampers anakd ah penuh..hehe..bila dah penuh, dan lambat tukar, ada kesan kemerah-merahan jer..hehe

  2. tak reti nak jawab sbb takde anak lagi, tapi dulu setiap kali tengok pampers sepupu dah agak berat or dia dah tak selesa, bleh la tukar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam