Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Bayi kalau tidak menangis memang sesuatu yang pelik.. Tapi jika banyak sangat menangis, tanpa henti pula, memang memeningkan kepala.. Seperti yang MB lalui semasa Cabaran Bapa Mithali..Feuh…
Selepas sahaja dilahirkan, perkara pertama yang lazimnya dilakukan oleh bayi ialah menangis.. Sebabnya, kurang pasti.. Mungkin terkejut dengan perubahan sekeliling yang terlalu asing buat mereka atau mungkin juga sebagai ucapan terima kasih kepada ibu yang sanggup mengendongnya selama 40 minggu dan seterusnya melahirkan.. Apa pun alasannya, hanya dia dan penciptanya yang tahu..
Kenapa bayi menangis
Sebenarnya, menangis merupakan cara bayi berkomunikasi dengan orang-orang di sekelilingnya sebelum dia tahu bercakap.. Bagi ibu bapa baru, tangisan bayi dikatakan serupa sahaja.. Akibatnya mereka rasa keliru dan tidak tahu apa yang diingini oleh anak.. Tapi lama kelamaan, setelah berbulan-bulan bersama anak, tangisan tersebut mula dapat dibezakan.. Dan anda tentunya tidak lagi panik..
Untuk pengetahuan papa semua, kalau anak anda menangis, ada beberapa makna… Antaranya ialah:
  • Sebab basah
  • Sebab lapar
  • Perlukan perhatian
  • Rimas akibat terlalu banyak perhatian
  • Sakit
  • Penat
  • Sudah terjaga daripada tidur
  • Rasa tidak selesa

Apakah yang perlu papa lakukan?
Kepada papa-papa sekalian ada beberapa panduan untuk anda agar tenang berhadapan dengan bayi yang menangis…
Bertindak segera

Anda perlulah cepat memberikan tindak balas terhadap tangisan anak.. Jika anda dapati anak mula hendak menangis, angkat dia dan dukunglah dengan penuh kasih sayang.. Bercakaplah padanya dengan suara yang lembut.. Sebaiknya, jangan biarkan dia mula menangis kerana bimbang lambat berhenti..
Rapat

Jika anak sudah menangis, bawa bayi rapat ke muka anda sebab jika dia buka matanya, dia akan nampak anda.. Hasilnya, dia akan rasa tenang dan seterusnya berhenti menangis kerana tahu anda berada dekat dengannya..
Periksa sekeliling anak

Periksa sama ada anda perlu salinkan lampinnya atau pun tidak? Semasa menukar lampin tersebut, periksa juga kulit bayi anda untuk melihat adakah kulitnya ada ruam lampin ataupun tidak? Ruam lampin lazimnya membuatkan anak rasa tidak selesa terutamanya ketika basah lebih-lebih apabila terkena air kencingnya..
Haus

Lihat jam, sekiranya sudah tiba masa untuk anak minum, berikan dia susu kerana dia mungkin haus.. Jangan dibiarkan pula atau tidak ambil tahu waktu bayi anda menyusu..
Periksa suhu badan anak

Sekiranya anak sejuk, selimutkanlah dia dan jika dia panas, tukarkan pakaiannya kepada yang lebih nipis agar anak lebih selesa..
Bawa anak berjalan-jalan

Ramai bayi akan berhenti menangis jika dibawa berjalan-jalan atau paling tidak pun mendodoikannya. Cubalah lakukan cara ini.. Mudah-mudahan anak anda akan rasa lebih tenang dan berhenti menangis..
Gunakan bunyi-bunyian

Anda tentu tahu bahawa pada trimester ketiga kehamilan, bayi boleh sudah boleh mendengar apa-apa sahaja yang berlaku di luar kandungan ibunya.. Oleh yang demikian, cubalah memainkan bunyi-bunyian yang anda rasa boleh memenangkan bayi seperti bunyi kipas angin, bunyi mencari frekuensi radio atau sebagainya..
Jangan goncang bayi anda!

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan ibu bapa rasa tertekan setiap kali anak mereka menangis.. Akibatnya mereka akan menggoncang-goncang bayi tersebut dengan harapan dia akan berhenti menangis.. Ketahuilah bahawa tindakan tersebut sangat bahaya kerana boleh mencederakan.. Goncangan yang kuat boleh menyebabkan kerosakan pada otak bayi, kecederaan tulang belakang dan kematian..Begitu juga semasa menidurkan bayi dalam buaian..
Bawa anak ke tempat lain

Anda tentu tidak terfikir yang anak anda menangis ialah kerana bosan.. Bosan dengan persekitarannya.. Oleh itu, bawalah anda bersiar-siar melihat kawasan sekitar yang lebih berwarna-warni dan menyegarkan..
Berhadapan dengan bayi yang menangis benar-benar menguji kesabaran. Sebagai papa, anda mestilah banyak-banyak bersabar, bertenang dan bertindak mengikut suara hati.. Bukan mengikut perasaan.. Jika perasaan marah mengawal anda tidak mustahil boleh berlaku perkara yang tidak elok kepada bayi anda…  

5,735 total views, 8 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam