Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Kalau anda baca artikel MB yang sebelum ini mesti sudah tahu apa itu Ekzema. Kepada bapa di luar sana harus alert dengan penyakit Ekzema ini. Boleh baca penerangan tentang Ekzema di http://www.melastikbintang.com/tips-keluarga/simptom-penyakit-ekzema.html

Seperti yang MB janjikan kali ini MB kongsikan cara nak merawat Ekzema. Supaya anda ibu bapa tahu apa itu Ekzema dan tidak panik bila menghadapi situasi ini.

Amalkan 8 tips ini :

  • Sapuan pelembap. Pelembap kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik.
  • Kuku anak anda perlulah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru.
  • Tuan menggunakan pek ais untuk mengurangkan kegatalan.
  • Sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar.
  • Tutup bahagian yang gatal dengan pakaian.
  • Menggosok bahagian yang gatal perlahan perlahan untuk melegakan.
  • Sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk. Elakkan permaidani dan binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah.
  • Amalkan penyusuan ibu.Elakkan susu lembu,kekacang,telur dan makanan laut yang mungkin boleh menyebabkan radang Ekzema tercetus.

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda merawat Ekzema ini. Yang penting kita ikut nasihat doktor.

Ada juga antara rakan MB, anak mereka mengalami Ekzema. Diharapkan artikel ini dapat membantu mereka diluar sana.

3,045 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam