Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Info parenting kali ini MB nak berkongsi sedikit mengenai perkara-perkara ghaib. Bukan perkara ghaib yang kita orang dewasa boleh nampak tetapi bayi. Pasti anda pernah dengar bahawa budak kecil boleh melihat sesuatu bukan? Dan mungkin juga anda pernah mengalaminya sewaktu kecil.  Perkara ini lebih terjurus kepada bayi yang berusia 0-1 tahun sewaktu mereka baru sahaja lahir.

Penglihatan Bayi
Tengok mata bayi ni…

Pada usia ini anak kecil masih boleh nampak benda ghaib kerana hijab mereka belum di tutup sepenuhnya. Maka mungkin anda akan nampak dia ketawa seorang atau kelihatan seperti bermain dengan sesaorang yang anda tak nampak. Janganlah takut pula atau menyangka anak anda tidak normal. Itu jugalah yang menyebabkan tidak elok dibawa anak-anak kecil bersiar-siar sewaktu maghrib.

Yang ini memang orang tua tidak galakkan dimana membawa anak kecil keluar lewat petang ataupun tengah malam kerana semasa waktu ini waktu yang tidak elok. MB juga dulu pernah ditegur kerana membawa bayi keluar dan balik lewat malam, maklumlah kita waktu itu cetek pengalaman lagi.  Pernah juga Mr Ray diganggu sewaktu kecil oleh benda-benda ghaib sehinggakan menangis dari tengah malam sampai subuh, kemudian baru dia lena tidur.

Alhamdulillah dengan bantuan seorang pengamal perubatan tradisional dapat merawat Mr Ray.Ada pula ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke tempat-tempat yang tidak sesuai untuk anak kecil. Contohnya ke FORMULA 1, JAPAN GT dan sewaktu dengannya. Tempat-tempat begini selain ianya tidak selesa untuk baby, bunyi bisingnya boleh menyebabkan kerosakan pada telinga baby yang masih baru.

Selain daripada itu baby sangat memerlukan rutin dan tidur yang merehatkan untuk pertumbuhan fizikal yang baik. Oleh itu kita sebagai ibu bapa perlu ‘alert‘ dengan segala perubahan anak kecil kita, kadang-kadang kata-kata orang tua ada betulnya juga. Jadi jangan jual mahal sangat tidak mahu dengan nasihat mereka, mereka lagi banyak pengalaman dari kita.

11,685 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Haah btol la. Dulu anak I mase baby2 selalu gelak sorang-sorang la.. creepy haha.
    Tapi sekarang org susah skit nak ikut petua org tua.. sebab mak bapak sekarang suka kluar happy2.. sape yang dah ade baby tu, main angkut jugak hehehe.. pity the baby.

  2. Sama-sama kita amalkan membaca Ayat Kursi setiap selepas solat 5 waktu, moga-moga kita sekeluarga sentiasa di bawah pemeliharaan Allah S.W.T. In sha Allah.

  3. sbb tu org tua2 slalu pesan jgn bg ank2 kecil menangis pnjg2 waktu maghrib.. sbb mereka boleh ‘nampak’… kalau tak dipujuk cepat2, boleh melarat2 tangisannya…

    masa anak ke-4 sy baru bbrp bulan umurnya, kami pernah bawa ke sebuah muzium.. mmg luarannya pun nmpk seram sikit… balik2 tu, bby asik menangis tak henti2… kami syak bby kami kena ‘tegur’ di muzium tu… wallahua’lam
    Ummi Hanie Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Jalan-jalan Sabah – Day 2My Profile

  4. anak saya sampai umur dekat 4 bulan kerap menangis tgh malam sampai dekat nak subuh.. pernah juga bawak ke darul syifa. lepas 4 bulan keatas.. dah semakin ok & terus ok sampai sekarang. cuma kadang2 saya pelik sebab dia suka gelak sorang2 tanpa ada org mengusik dia.selalu terjadi dekat2 dia nak tido.. masa dia tgh baring2 peluk bantal.. apapun tak menganggu la rutin harian dia. sebab benda ni terjadi kadang2 jer
    lekatlekitgurl Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..AWAS! CUKUR JAMBUL AMALAN KHURAFAT & BIDAAHMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam