Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Cahaya mata, satu anugerah dan amanah yang tidak ternilai dariNya. Saat menerima kelahiran anak adalah pengalaman yang paling menarik dalam hidup pasangan suami isteri. Kadang-kala juga ia boleh membuatkan pasangan suami isteri akan berada dalam keadaan yang sangat tertekan. 3 aspek iaitu dari segi Fizikal, perubahan hormon dan emosi yang datang semasa hamil boleh menjurus kepada isu yang agak serius. MB sendiri juga pernah melalui semua itu ketika isteri sedang hamil anak yang pertama. Pelbagai  perkara yang timbul di fikiran antaranya keselamatan isteri dan anak dalam kandungan.

Si suami harus ingat bahawa isteri anda amat memerlukan sokongan dan kasih sayang daripada anda. Jom MB nak kongsikan  beberapa tips penting tentang bagaimana untuk menjadi seorang suami yang superb kepada isteri ketika isteri anda sedang hamil.

 

Sifat Suami Ketika Isteri HAMIL
Gambar Hiasan

 

 

Tips 1

  • Suami harus bersedia untuk mengambil alih  tanggungjawab / tugas harian si isteri. Dan perlu tahu bahawa wanita hamil sering  mengalami  loya dan keletihan. Melakukan beberapa kerja rumah adalah satu perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi ia amat bermakna kepada seorang wanita yang telah menghabiskan sepanjang hari rasa loya dan letih. Sedikit sebanyak kita sebagai suami perlu bantu si isteri  dalam melakukan kerja rumah. Nak jadi superb kan???

Tips 2

  • Menjadi pendengar yang setia, iaitu dengan mendengar rasa kebimbangan isteri anda. Walaupun isteri anda teruja untuk melahirkan, dia juga mungkin takut, gelisah atau tidak menentu. Galakkan beliau untuk berkongsi pandangan dan perasaan dengan anda.  Nak jadi superb kan???

Tips 3

  • Menemani isteri anda semasa temujanji bersama doktor. Yang ini memang harus dilakukan oleh kaum bapa. Sekali sekala anda kena temankan isteri anda ke pemeriksaan kesihatan ibu dan bayi. Macam MB cuma miss 1 kali je masa temankan isteri. Jangan tunggu sehingga anda berada di hospital, dengan isteri anda di ambang melahirkan, untuk bertanya sama ada dia bercadang bersalin semula jadi. Membincangkan pilihan dengan doktor anda terlebih dahulu supaya anda boleh fokus semua perhatian anda pada isteri anda. Nak jadi superb kan???

Tips 4

  • Satu lagi perkara yang boleh dilakukan oleh suami ialah mengambil kelas Antenatal bersama isteri. Kita sebagai suami dan ayah perlulah belajar bagaimana untuk menukar lampin, memakaikan pakaian anak, membasuh botol susu, menidurkan anak, dan keselamatan rumah anda bersama isteri anda. Seperti MB walaupun tidak mengambil kelas Antenatal, MB banyak belajar dari emak MB sendiri dan juga isteri untuk menguruskan anak. Nak jadi superb kan???

Tips 5

  • Pergi bersama-sama semasa membeli pakaian bayi, dan segala kelengkapan bayi. Persediaan seperti amat menyeronokkan untuk mereka yang bakal bergelar ibu. Macam macam pengalaman yang anda akan dapat, kalau tak percaya cuba lah. In Syaa Allah secara tak langsung kaum bapa sudah pandai membeli kelengkapan anak anda nanti, tak perlu tanya si isteri lagi. Nak jadi superb kan???

Tips 6

  •  Si suami harus sentiasa memuji isteri anda. Si isteri akan berasa penampilannya tidak menarik semasa sedang hamil. Jadi di sini suami harus mainkan peranan untuk menenangkan si isteri. Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk menjadi suami yang baik adalah untuk memberitahu isteri anda yang anda sering fikir dia cantik dan anda bernasib baik kerana mempunyai dia dalam hidup anda. Nak jadi superb kan???

Harap tips di atas dapat bantu kaum bapa menjadi suami yang superb semasa isteri anda sedang hamil. Nak jadi superb kan??? Renung-renungkanlah…

 

9,871 total views, 5 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam