Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Informasi parenting kali ini MB akan kongsikan sedikit mengenai kelakuan bayi yang baru lahir yang berusia 0-1 tahun. Bayi yang baru lahir masih belum betul-betul nampak. Jika anda lihat anak matanya masih belum jelas. Ini biasa. Jika anda biasa dengan bermain flash card Glenn Doman, semasa ini, anda boleh menggunakan flash card yang hitam dan putih. Warna kontrast ini meransang dan stimulate mata anak anda.

colic
Urutan perut bayi dapat melegakan colic

Angin Pasang / Colic

Anak sangat sensitif semasa ini. Jaga pemakanan anda jika anda menyusu badan. Jangan makan makanan yang berangin seperti ubi-ubi terutama jika anda mendapat anak lelaki. Ada satu penyakit yang sering menimpa bayi lelaki, iaitu ANGIN PASANG. Kebanyakan sebabnya ialah kerana perut sangat berangin. Selain itu, bayi juga mudah terkena COLIC yang menyebabkan perut mereka kembong. Salah satu cara ialah menjauhi makanan yang sejuk, seperti kebanyak sayur, ubi, ais dan buah. Untuk semasa di dalam pantang terutamanya. Selain itu anda juga tidak elok mendedahkan bayi yang baru lahir dengan angin malam. Seperti yang MB kongsikan di dalam ARTIKEL ini.

demam kuning
Bayi dijemur bawah lampu

Jaundice

Kebanyakan bayi akan terkena Jaundice. Iaitu badannya akan berwarna kuning. Oleh itu perhatikan lidah dan mata bayi yang baru lahir. Jika tidak begitu serius, anda boleh membawanya berjemur dengan cahaya matahari pagi untuk 20 minit setiap hari sehingga kuning itu hilang. Jika seluruh badan sudah kuning, SEGERA bawa berjumpa doktor. Jaundice ada kaitan dengan hati.

pertumbuhan gigi bayi
pertumbuhan gigi bayi

Pertumbuhan Gigi

Bila sudah mencecah usia 3 bulan, baby akan mula mahu tumbuh gigi. Mungkin pada ketika ini dia akan nampak macam bermain dengan ai liur. Anda jangan pula risau dan merasakan dia kurang ajar bila melihat dia ‘spit’. Ini tidak ada kaitan langsung dengan kurang ajar. Itu sebenarnya dia sedang berlatih untuk menggunakan lidah dan mulut dan muka untuk menyebut perkataan.

 

Sumber Dari Prof. Dr. Rozieta Shaary di Parenting Bijak

 

8,666 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam