Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Bila anak mencapai usia 5 ke 6 bulan, dia akan suka mencampak barang. Ini  tidak ada kaitan dengan kurang ajar. Stage ini sangat penting kerana anak anda sedang belajar mengguatkan motor skilnya.

Pada usia ini bayi anda mungkin sudah mula merangkak atau duduk. Oleh itu eloklah di ‘ baby safe‘ rumah anda agar tidak perlu melarang anak senantiasa.

  • Jauhkan benda-benda yang bahaya seperti benda tajam dan mudah pecah.
  • Letaklah perhiasan anda di dalam almari atau di tempat yang tinggi.
  • Tutup semua bilik/laluan keluar masuk dan letakkan penghadang seperti kerusi dan sebagainya.
IMG_55181
Mereka sedang ‘explore’ deria rasa mereka

Terdapat juga ibu bapa yang lebih mementingkan perhiasan rumah dan asyik melarang bayi yang masih kecil itu untuk memegang itu dan ini. Pukul tanganlah, jeritlah dan sebagainya. Mereka ini akan membuatkan anak mereka  itu akan menjadi anak yang suka mengamuk bila sampai usia 1 tahun keatas. Selain itu mereka ini SEDANG MEMATIKAN SEMANGAT ANAK MEREKA DAN MENJADIKAN ANAK MEREKA TIDAK BERKEYAKINAN DIRI YANG TINGGI!

Anak pada usia ini  sangat suka mengambil benda dan memasukkan ke dalam mulut. Ini adalah perkara biasa. Ketahuilah sebenarnya manusia memerlukan 5 cara untuk informasi masuk ke dalam otak kita. Iaitu dengan menggunakan 5 deria kita. Salah satu deria itu ialah RASA dengan LIDAH. Ini dipanggil GUSTATORY.

Bila anak kecil memasukan benda ke dalam mulut, mereka sedang merangsang deria ini. JANGAN RAMPAS BENDA DARIPADANYA NANTI DIA AKAN SUKA MERAMPAS! Jika benda itu bahaya untuk dimasukkan ke dalam mulut, AMBIL BENDA YANG TIDAK BAHAYA, PEGANG TANGANNYA YANG ADA BENDA BAHAYA ITU supaya dia tidak masukkan ke dalam mulut, DENGAN LEMBUT TAPI TEGAS DAN SENYUM, BERITAHU INI BAHAYA, YANG INI SELAMAT sambil memberi yang selamat itu dan beri masa untuk dia ambil yang selamat itu.

Jika dia mula menggutip sampah di lantai  maka bersihkan lantai anda senantiasa. Elak gunakan carpet. Gunalah jenis penutup lantai yang senang dicuci dan mudah untuk dia merangkak.

Sumber Dari Prof. Dr. Rozieta Shaary di Parenting Bijak. Boleh ke halaman page untuk mengikuti seminar-seminar yang dianjurkan oleh Prof.

4,708 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam