Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Alhamdulillah.. sudah beberapa hari tidak menulis di blog.. akibat kesibukan yang terlampau melanda diri ini..hari ini baru berpeluang untuk menulis dan update blog.. Harap pembaca di luar sana masih lagi setia bersama blog ini..
Satu minggu yang amat meletihkan bagi diri MB.. Kenapa? Dari Isnin sehingga Jumaat tiap-tiap hari MB balik malam dari pejabat.. Kerana nak selesaikan kerja pejabat yang agak banyak.. Kalau ikutkan hati memang nak balik awal je.. Tapi keadaan tak mengizinkan.. Kerja perlu disiapkan kerana terikat dengan submission date.. Disebabkan itu juga siang hari MB tiada masa untuk menjengah blog, muka buku dan email.. Blogwalking juga tertinggal..
Gambar Hiasan
5 hari balik malam, memang agak meletihkan badan.. Pagi-pagi dah kena bangun awal… Fuh.. Letih dan mengantuk.. Sampaikan pada hari Jumaat lalu, MB hampir-hampir terlepas nak celebrate birthday dengan Mr Ray.. Kerana menyiapkan kerja di pejabat.. Tapi alhamdulillah sempat sampai rumah dan terus mandi bersiap.. Terus keluar.. Memang penat.. Tetapi kerana sudah berjanji dengan Mr Ray dan Isteri MB, gagahkan juga pergi.. 
Kekadang terasa terkilan kerana tak dapat habiskan masa bersama Mr Ray pada malam hari kerana pulang ke rumah Mr Ray sudah tidur.. Bila bangun pagi hendak pergi kerja, Mr Ray masih lagi tidur.. Itu yang buat rasa bersalah dan terkilan… 
Sabtu dan hari ini tidak juga dapat berehat di rumah.. Kerana ada urusan perlu dibuat dan beberapa perkara penting perlu diselesaikan… Inilah rutin pada hari Sabtu dan Ahad.. Sabtu pergi keluar membawa keluarga berjalan-jalan.. Pergi bawa orang tua ke pasar segar… Beli barang…Ahad, pagi-pagi lagi dah ke Pasar Stadium Shah Alam..  Jadi waktu berehat adalah pada waktu malam..
Walaupun sibuk macam mana sekalipun, MB akan tetap cari masa untuk luangkan masa bersama keluarga.. Kerana itu adalah penting.. Jangan sesekali abaikan keluarga anda.. Mereka harta anda.. Memori yang terindah pernah anda miliki… Sesibuk mana pun kita, jangan kita abaikan amanah dan harta yang kita ada ini… Jika tidak anda pasti akan rasa sesal…

5,926 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. aku pernah rasa macam ni.. masa aku kerja shift dulu lagi laaaa.. pegi keje nampak bulan, balik pun nampak bulan.. gi keje time orang nak balik keje, kita balik keje dah orang nyenyak tido.. ape2 pun.. hp mestia da internet dah skrang.. boleh layan blog sket2.. kalo idak, metro aje ler.. heheheee

    1. kerja shift memang penat bro.. tersiksa rasanya.. life memang takde.. lagi-lagi kerja 2 shift.. memang kerja tidur kerja tidur je lah….

      hp aku cikai je nokia 3210.. takde internet..hehehe

  2. assalamualaikum MB…betul family first walaupun sesibuk mana pun kena juga ada masa bersama keluarga…kerja tetap kerja family jgn dilupakan yer…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam