Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Masa kualiti amat penting buat anak anak, kita sebagai suami sepatutnya meluangkan masa bersama keluarga setiap hari walaupun hanya 5 minit. Tetapi jika lebih dari 5 minit ianya lebih bagus lagi, nak jadi bapa yang superb kan. Apa salahnya luangkan masa sekejap dengan anak dan isteri kita walau sekejap. Lakukan aktiviti bersama yang boleh menggembirakan anak anda, kerana mereka ini amat memerlukan perhatian dari kita sebagai ibu dan bapa.

Anak kita akan menunjukkan sikap protes mereka di depan kita jika kita tidak melayan mereka atau bermain dengan mereka. Kita sebagai bapa yang superb harus ‘alert‘ dengan tingkahlaku mereka, kenalpasti kenapa mereka begitu dan apa yang mereka mahu.

20130916-111020.jpg

Seperti di rumah, dimana keadaan MB sedang buat kerja, Mr Ray akan menunjukkan sikap protesnya di depan MB dengan mengganggu MB, menarik ipad, membaling bola kepada MB dan kadang kadang Mr Ray akan menangis di depan MB tanpa sebab. Jika sebelumnya gangguan itu tidak berlaku tetapi saat mulanya MB membuat kerja dan tidak menghiraukannya, ketika itulah Mr Ray menunjukkan sikap protesnya. Maklumlah Anak Genius!

Anda tidak akan rugi apa apa dengan hanya 5 minit meluangkan masa dengan mereka, walau dengan hanya 5minit setiap hari, perhubungan anda dan anak anda akan lebih mantap dan akrab. Jangan hanya mengharapkan isteri anda sahaja untuk meluangkan masa dengan anak, kita sebagai ibu bapa cuba seimbangkan situasi ini bersama sama. U Will Be The Best Buddy!

6,079 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam