Assalamualaikum w.b.t

Jika anak kita  meningkat ke usia 6 BULAN – 18 BULAN, maka dalam lingkungan usia itu sudah sampai ke tahap membaling barang. Ada sebabnya ini berlaku kepada setiap anak-anak pada usia ini. Ini adalah kejadian Allah untuk membolehkan anak ini menguatkan skil moto nya. Skil moto ini adalah sangat penting untuk dia boleh menggunakan tangannya untuk melakukan apa-apa perkara berkait dengan tangan dikemudian hari. Contohnya, untuk menulis, menggunting, memotong, memanjat dan pelbagai lagi.

Anak Baling Barang

Oleh itu jika ibu bapa marah dan suruh anak itu berhenti kerana merasakan anak-anak itu sudah mula nakal dan berkelakuan tidak baik, maka ini adalah satu kesilapan besar.

Tindak-tanduk begini terjadi kepada ibu bapa adalah kerana mereka tidak peka kepada proses pembesaran setiap apa-apa yang anak-anak lakukan. Bila anak itu dihukum kerana ini, maka ibu bapa telah membuat anak itu menjadi kurang keupayaan tangannya, kurang kreatif, rasa rendah diri atau hormat diri dan tiada keyakinan pada diri sendiri.

Membesarkan anak-anak perlu ada ilmu, skil dan sikap yang betul terutama dari segi pemerhatian ibu bapa terhadap tumbesaran dan apa yang anak-anak pelajari. Supaya kompetensi kita sebagai ibu bapa itu meningkat senantiasa. Dan anak boleh dibesarkan dengan penuh amanah, displin dan berintegriti.

” Nabi s.a.w sangat memberi perhatian kepada pendidikan awal kanak-kanak. Kerana kesannya adalah seumur hidup kepada anak-anak itu.”

Sumber dari Prof.Dr.Rozieta Shaary (Ibu Rose)

7,931 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Betul tu. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita sebagai ibu bapa janganlah cepat melenting jika anak-anak berkelakuan nakal. Pasti ada sesuatu yang ingin di sampaikan mereka.
    Encik Santai Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Khasiat dan Kebaikan Habbatus SaudaMy Profile

  2. Dah habis zaman belajar pasai anak2 kecik ni sekarang tengah belajar pasai anak2 remaja pulak. Makin pening nak melayan. Apapun selamat berjuang buat yg ada anak kecik.
    Aina Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Temuduga UPSIMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam