Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Mohon maaf kepada pembaca setia blog MB kerana sudah sekian lama tidak di update dengan artikel terbaru. Ini semua gara-gara virus kemalasan yang melanda MB sejak pulang bercuti dari Sabah. Bukan sebab itu sahaja tetapi ada beberapa masalah yang melanda waktu itu yang membuatkan masa untuk MB berblog memang kurang.

Gambar Hiasan
Jadi  artikel permulaan untuk anda semua kali ini MB nak kongsikan dengan ibu bapa di luar sana mengenai tips bagaimana mandikan anak anda di laut. Jangan ingat tiada langkah-langkah atau anda semua boleh bawa anak mandi di laut begitu sahaja.  Keselamatan juga harus dijaga walaupun nak berseronok.

 Panduan Mandikan Anak Di Laut

  • Sapukan tubuh badan anak anda dengan Sunblock jika anda tidak mahu kulit anak anda menjadi hitam. (maklumlah setengah ibu bapa nak anak mereka putih boleh jadi model)
  • Pastikan saiz pelampung yang digunakan untuk anak anda tersebut adalah bersesuaian dengan tubuh badannya. Elakkan saiz pelampung yang terlalu besar kerana dikhuatiri anak anda akan berasa tidak selesa, rimas dan mungkin membuatkan dia rasa tenggelam.
  • Pastikan juga pelampung anak anda mempunyai angin yang cukup untuk keselesaan dan keselamatan semasa mandi.
  • Kalau boleh cari pelampung yang mempunyai pemegang di kiri kanan untuk anak anda pegang, dan juga pelampung yang mempunya tali untuk anda pegang semasa mandi.
  • Semasa mandikan anak anda, jangan hadapkan dia ke pukulan ombak, malah mandikan dia dengan posisi membelakangkan ombak. Ini dapat menghindarkan pukulan ombak dari terkena muka anak anda dan boleh membuatkan dia lemas. ( kalau kurang bernasib baik, anak anda mungkin tidak mahu mandi lagi dah)
  • Anda juga perlu berdiri belakang anak anda semasa mandikannya. Bukan apa sebagai langkah keselamatan melindungi anak anda, anda sebagai penghadang anak anda.
  • Jangan mandikan anak anda terlalu lama di dalam laut, dikhuatiri kecut tubuh badannya dan sesetengah kanak-kanak tubuh badan mereka tidak begitu tahan jika direndam lama-lama dalam air.
  • Elakkan mandikan mereka semasa waktu cuaca panas kerana kemungkinan selepas mandi laut anak anda akan demam kerana tubuh badan yang tidak tahan dengan cuaca panas dan udara panas dari laut. Kalau nak mandi tu dalam pukul 6 petang keatas adalah waktu yang sesuai.
  • Amaran! Jangan biarkan anak anda tertelan air laut yang masin kerana dikhuatiri mereka mengalami masalah gangguan di perut akibat air laut yang begitu masin. Kita yang dewasa ini pun rasa nak muntah bila tertelan air laut bukan.
  • Dah puas mandi laut? Jangan lupa mandikan anak anda dengan air paip biasa untuk mencuci badan dan sabun. Buangkan kekotoran semasa mandi di laut tadi.
Itu antara beberapa tips yang MB dan isteri amalkan jika nak bawa Mr Ray mandi laut. Bukan boleh bawa mandi macam tu saja, kena fikir beberapa faktor untuk keselamatan dan keselesaan semua.

10,652 total views, 5 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Ambe kalau balik Ganu, mesti pergi mandi pantai. Maklumlah, rumah dekat dgn pantai..hehe

    Selalunya mmg duduk dekat dan pegang tangan anak2..

    Kena jugak perhatikan alunan ombak yg datang, takut2 ada yg besar

    Best tips MB!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam