Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Bertempat di The Cooking House Sdn.Bhd, Desa Sri Hartamas telah diadakan event ‘ Introduction and Invitation to MILO® Breakfast Movement blogger session’ pada 23 Februari jam 10 pagi sehingga 12 tengahari. MB telah dijemput oleh pihak berkenaan untuk menghadiri event ini.  Bersesuaian dengan tajuk event iaitu kerana ada kena mengena dengan blogger. Berikutan kejayaan Kempen MILO Nutrition Movement tahun lepas, kali ini MILO kembali lagi dengan kempen berkaitan dengan sarapan pagi.

MILO BREAKFAST MOVEMENT

Informasi berkenaan produk MILO

Didorong oleh warisan yang kuat terhadap pemakanan, kandungan yang berfaedah Choco-malt dengan PROTOMALT dan ACTIGEN-E menyediakan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan anda.

Peranan PROTOMALT & ACTIGEN-E di MILO ® adalah untuk menyampaikan pembebasan tenaga yang optimum untuk membantu anak-anak untuk melalui rutin harian mereka yang semakin mencabar. Digabungkan dengan seruan negara untuk membendung obesiti kanak-kanak, terdapat keperluan bagi dalam segala kempen.

ACTIGEN-E adalah gabungan unik daripada 8 vitamin (Vitamin B1, B2, B3, B5, B6 B12, Biotin & Vitamin C) dan 4 mineral (Kalsium, Magnesium, Besi & Fosforus) manakala PROTOMALT adalah ekstrak barli malted sihat yang mengandungi pelbagai jenis karbohidrat untuk memberi tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk membantu badan melakukan yang terbaik.

MILO BREAKFAST MOVEMENT

MILO BREAKFAST MOVEMENT
Sebenarnya pertama kali MB ke Desa Sri Hartamas ni, jadi agak sukar juga nak mencari lokasi. Mujur  ada google map yang membantu perjalanan MB dan isteri. Perjalanan mengikut Lebuhraya Sprint kerana bagi MB ia lebih mudah dimana ia terus menghubungkan ke lokasi kejadian. Alhamdulillah sampai juga di sana, cuma berpusing-pusing sikit hendak mencari The Cooking House tetapi mujur jumpa juga.
Bila masuk je The Cooking House, MB dikehendaki mendaftar dahulu, kemudian terpandang rakan blogger MB Yana Yassin pun ada juga. Tak tahu pula dia turut serta dalam event ini walhal malam sebelum kejadian MB dan dia ada berjumpa di Tayangan Perdana Lawak Ke Der 2 tapi tidak pula kami bersembang mengenai event ini. Selesai daftar, kita sarapan dulu. Sudah tentulah dengan MILO!. Sementara menunggu acara bermula, seorang lagi rakan blogger Nur Ain pun datang juga.
MILO BREAKFAST MOVEMENT

MILO BREAKFAST MOVEMENT

MILO BREAKFAST MOVEMENT

MILO BREAKFAST MOVEMENT
Acara bermula pada jam 1030 pagi dengan pembukaan oleh Ms. Ng Su Yen, Consumer Marketing Manager for MILO. Penerangan serba sedikit mengenai event ‘ Introduction and Invitation to MILO® Breakfast Movement blogger session‘ ini. Kemudian diteruskan pula dengan perbincangan mengenai Sarapan, Nutrisi dan Tips Keluarga oleh Profesor Poh Bee Koon dan Ms. Cher Siew Wei, Corporate Wellness Manager, Nestle Sdn.Bhd.
Antara topik perbincangan Prof Poh Bee Koon ialah Sarapan untuk anak-anak, adakah ibu bapa menyediakan anak-anak dengan sarapan dan nutrisi yang betul. Dalam topik ini MB dapat mengetahui apa sarapan dan nutrisi yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak. Setiap peringkat umur mempunyai Nutrisi yang berbeza untuk mereka. Jadi lepas ini MB tahu dah apa yang perlu Mr Ray makan.
MILO BREAKFAST MOVEMENT

MILO BREAKFAST MOVEMENT

MILO BREAKFAST MOVEMENT

MILO BREAKFAST MOVEMENT

MILO BREAKFAST MOVEMENT
Selain itu juga kami diberi tips  untuk dan trik untuk mendidik anak-anak supaya mengambil sarapan pagi.
 Antaranya:
  • Buat Sarapan Yang Mudah dan Ringkas

– contoh seperti Oat, roti dan scrambled egg

  • Beri Pilihan
– Bertanyakan pada mereka apa yang mereka mahu

  • Variasikan Sarapan
–  Kreativiti dalam variasikan sarapan seperti potongan roti pelbagai bentuk, gunakan pelbagai warna buah-buahan dan makanan supaya mereka tertarik.

  • Pastikan Sarapan Lazat
–  Sudah tentu anak anda mahukan makanan yang sedap dan lazat, jadi ia membuatkan mereka hendak bersarapan setiap pagi.

Seterusnya Ms.Cher Siew Wei menerangkan kepada kami kenapa Sarapan amat penting kepada orang dewasa. Sarapan amat penting kepada orang dewasa kerana ia membuatkan anda mulakan pagi anda dengan bertenaga dan membantu  dalam kesihatan anda. Antara sebab lain juga :
  • Sarapan akan membuatkan moral diri anda lebih bagus
  • Sarapan membuatkan anda lebih fokus dan kosentrasi
  • Sarapan membolehkan anda untuk berfikir dan menyelesaikan masalah
  • Sarapan membantu dalam Gaya Hidup Sihat anda dan stabilkan gaya hidup anda

MILO BREAKFAST MOVEMENT
Orang dewasa dan kanak-kanak yang bersarapan memerlukan lebih Fiber, Kalsium, Vitamin A dan C, Riboflavin, Zink dan Zat Besi. Ini antara zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia semasa pengambilan sarapan.
Antara punca mereka yang tidak bersarapan :
  • Saya tidak ada masa
  • Terlalu sibuk
  • Tidur yang tidak puas
  • Saya tidak lapar
  • Saya cuba kurangkan berat badan
  • Malas hendak buat sarapan

Kesan tidak mengambil sarapan :
  • Kurangnya zat-zat dan nutrisi untuk badan
  • Tubuh badan tidak mendapat zat dan tenaga  yang secukupnya akan menyebabkan simptom penyakit Anemia.
  • Makan lewat akan menyebabkan kurangnya pembakaran lemak, obesiti, penyakit jantung dan lemah fikiran.
  • Hilang tenaga dimana tenaga anda sudah digunakan semasa waktu malam
  • Anda akan sentiasa berasa lapar
  • Kurangnya Metabolism tubuh badan anda
  • Bertambah kalori dan bertambahnya berat badan anda
Seterusnya acara diteruskan dengan Resipi untuk sarapan oleh Chef Marina.  Kali ini kita akan ke dapur untuk sesi masakan bersama blogger. Untuk sesi ini Chef Marina akan menunjukkan kita cara dan resipi untuk sarapan pagi. 
MILO BREAKFAST MOVEMENT

MILO BREAKFAST MOVEMENT

Antara menu yang disediakan oleh Chef ialah :
  • Tomato Tossed Pasta with Chicken
  • Potato & Tomato Medley
  • Corned Beef & Eggs Pancake
  • Fluffy MILO Pancakes
Anda boleh ke Facebook Chef Marina DISINI dan Blog  DISINI

MILO BREAKFAST MOVEMENT
Itulah acara terakhir dalam program ini, walaupun hanya 2 jam tetapi ianya padat dengan informasi dan tips juga sempat juga kami belajar memasak dan resipi dari Chef Marina. Terima kasih kepada pihak yang telah menjemput kami ke program seperti ini ianya sangat bermanfaat dan berinformasi.
MILO BREAKFAST MOVEMENT
Kepada mereka yang selalu tidak bersarapan, lepas ini beringatlah dan jangan tinggal sarapan anda. Ianya banyak keburukan dan boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan dan tubuh badan kita.

Nota Lastik : Lepas ini nak buat sarapan berasaskan MILO je lah.. mudah…

3,881 total views, 4 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Sejak sekolah memang jarang skip sarapan, sebab kalau skip sarapan, hari menjadi suram jer… 😀 sekarang ni kalau sarapan ringan2 pun tak memadai, mungkin sebab memerlukan tenaga lebih dan lunch agak lewat. 😀 so layan sarapan berat…

  2. Sejak DT nak kurus ni, coach DT selalu pesan, jangan tinggal sarapan..
    apa lagi MB, meh bagi Milo kat DT… heeee.
    bila la DT nak dapat event macam ni… rezeki MB..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam