Perkembangan Anak 2-3 Tahun

Perkembangan Anak 2-3 Tahun – Siri 1

Assalamualaikum wbt

Artikel sebelum ini MB ada kongsikan tentang Anak 0-1 tahun, kali ini mengenai perkembangan anak 2-3 tahun pula. Ini adalah masa yang agak mencabar. Anak kecil kita sudah ada kaki dan sudah ada mulut. Dia sudah pandai merajuk dan mengamuk bila tidak tunaikan permintaannya. Apa yang juga amat mencabar dia juga payah mendengar kata.

Namun, pada usia ini, sangat comel bercakap dengan perkataan yang masih pelat.

Ambillah masa untuk mengajar anak akhlak mulia dan pastikan dia melakukannya berulang kali sehingga menjadi tabiat. Namun, terangkanlah kepadanya mengapa anda menyuruh dia melakukan perkara itu. Contohnya, cium tangan nenek bila bersalam, mengapa.

Anda juga sudah boleh mula mengajar dia surah-surah pendek di dalam Quran bagi yang beragama Islam.

Perkembangan Anak 2-3 Tahun

Gambar Hiasan

Pada usia ini anak anda sedang belajar untuk bergaul dengan anak-anak yang lain. Kebanyakan kanak-kanak pada usia ini belum pandai berkongsi. Interpesonal skil sangat kurang.

Oleh itu bila anak itu bermain, perhatilah dari jauh dan jika dia tidak mahu berkongsi jangan terus menyuruh dia berkongsi, jelaskan mengapa elok berkongsi dan jika dia masih tidak mahu, boleh bertanya mengapa dia tidak mahu. Pada usia hampir tiga tahun dia sudah banyak vocabulary, oleh itu agak senang untuk tahu. JANGAN MEMAKSA, TAPI PUJUK.

 

Lebih tips dapat dikongsikan di https://www.facebook.com/familyguru

Prof. Dr. Rozieta Shaary

 

Fulltime Parenting Blogger as Malaysia Top Parenting Dad. Freelance Blog Trainer & Consultant. A Social Media Activist. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award.

1,910 total views, 1 views today

7 thoughts on “Perkembangan Anak 2-3 Tahun – Siri 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam