Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Cabaran Suami Mithali
Sebelum isteri MB berangkat ke Beijing, dia sudah siapkan pesanan dan tugasan untuk MB selama dia tiada. Maklumlah MB ni kekadang pelupa kalau tiada orang nak ingatkan.. Nak jaga anak bukan senang.. Kena tahu tu wahai suami.. Hehehe..

Ini antara pesanan penting dari isteri MB :
  • Botol susu dan peralatan makanan Mr.Ray tiap-tiap pagi kena rendam dengan air panas
  • Setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur sapukan Lotion Buds pada perut, dada dan tapak kaki Mr.Ray. Lotion Buds ni bagus untuk anak-anak kecil. Fungsi lenih kurang macam vicks juga.
  • Pakaian Mr.Ray harus dicuci dengan serbuk pencuci ABD dan level air mesin basuh mesti bawah sekali.
  • Setiap pagi cek air panas dalam plus samada sejuk atau panas lagi.
  • Kalau nak bawa Mr.Ray keluar berjalan, pakaian khas untuk berjalandi drawer nombor 2 dan stokin drawer nombor 3.
  • Setiap kali tukar pampers, mesti basuh ‘nonet‘nya bagi tujuan kebersihan dan elakkan kegatalan dan ruam.
  • Akhir sekali sentiasa layan Mr.Ray jangan abaikan dia dan elakkan dia dari mencari Umminya..
Hmmm.. itulah pesanan isteri MB ketika nak berangkat ke Beijing… Kekadang si suami perlu diingatkan apa yang perlu dibuat.. Tanggungjawab kepada anak harus dititik beratkan jangan ambil mudah..
Nota Lastik : Rindu rasanya bila berjauhan ni… Rindu nak dengar bebelan Ummi, rindu nak tengok senyuman Ummi, rindu nak tengok Mr.Ray bermain dengan Ummi…. 

4,655 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam