Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Setiap keluarga pasti idamkan anak-anak yang soleh dan solehah… Tiada ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka tidak berjaya dan tidak berkelakuan senonoh.. Pernah dengar peribaha ‘ melentur buluh biarlah dari rebungnya‘.. Maksudnya jika mahu mendidik anak, biarlah dari kecil lagi..

Harus diingat sikap anak juga dipengaruhi oleh ibu bapa mereka.. Walaupun kita mendidik mereka dengan baik.. Tetapi sikap dan tingkahlaku kita juga harus seiringan dengan apa yang kita terapkan kepada anak kita..

Fasha Sandha Seksi, Fasha Sandha Hamil,
Gambar Hiasan – Apesal Gambar ni?

Sebenarnya dari dalam perut lagi kita sebagai ibu bapa boleh mendidik anak secara tak langsung.. Bagi mereka yang berpengalaman dan pernah melalui saat kehamilan, sudah tentu tahu apa yang amalan yang MB maksudkan…

Antara amalan yang Ibu Bapa sering terapkan ialah memperdengarkan bacaan ayat-ayat Al Quran, membaca ayat- ayat suci Al Quran, selalu membuat perkara kebaikkan, tidak tinggal solatnya, tidak menonton perkara-perkara yang tidak elok dan banyak lagi sebenarnya.. Tetapi apa yang MB nak kongsikan ini ialah panduan yang harus di baca oleh ibu bapa..

IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR

Negatif
Ibu bapa sering bergaduh => Anak menjadi ganas dan panas baran
Positif
Ibu bapa sering bersedekah => Hati anak lembut
Negatif
Ibu mengidam benda pelik => Petanda tidak baik terhadap sikap anak
Positif
Ibu tidak meninggalkan solat => Anak mudah mendapat hidayah
Negatif
Ibu bermain kayu tiga => Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat
Positif
Ibu sering membaca al-Quran => Dapat anak yang bijak
Positif
Ibu mengawal emosi => Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan

MB tidaklah menyuruh ibu bapa untuk percaya ianya bulat-bulat, kerana anda sendiri tahu bahawa ‘ kejadian sesuatu makhluk itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T ‘..

Cuma kita boleh ambil ianya sebagai satu anjakan kepada kita untuk bersikap lebih positif terhadap tingkahlaku dan sikap kita..

Nota Lastik : Setiap berlakunya sesuatu ada hikmahnya, kita yang harus menerima  ketentuan Nya dengan redha.. Nak tau beberapa amalan semasa isteri hamil yang anda sebagai ibu bapa boleh buat.. Nantikan entri selepas ini..

8,248 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam