Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Tamatnya Cabaran Bapa Mithali
Alhamdulillah, setelah 5 hari berlalu tamat juga Cabaran Bapa Mithali.. Bermacam-macam dugaan dan kenangan yang dapat dilalui bersama Mr.Ray selama hari yang lepas… Segala suka dan duka kami kongsi bersama ketika ketiadaan Ummi…
Rasanya nak berkongsi sedikit pengalaman menjaga anak selama seminggu tanpa Ummi… Hahaha berat..
Cabaran  Ummi Hilang – 7/10
Cabaran Bapa Mithali bermula secara rasmi  pada petang khamis dimana MB menghantar isteri ke KLIA, flight pada pukul 6.40pm. Waktu siang tiada masalah bagi Mr.Ray. Waktu malam menjelma… Jam menunjukkan pukul 8pm, Mr.Ray merangkak ke bilik tidur mencari sesuatu.. Apa yang dicari agaknya.. Rupanya dia mencari Umminya.. Kerana pada kebiasaan, jam sebegini Ummi nya akan ada dengan dia melayannya.. Bila tidak jumpa, Mr.Ray merengek kerana tidak dapat menyusu badan.. Puas MB dan keluarga MB memujuknya..  Menangis sehingga hilang suara dia.. Mujur ada anak buah MB yang melayan Mr.Ray.. 
Cabaran Menidurkan Mr.Ray – 6/10
Setelah penat bermain, sampai masa untuk Mr.Ray tidur, jam menunjukkan pukul 12am.. Selama 5 hari Mr.Ray tidur lewat..MB cuba menidurkan dia, nak tidurkan Mr.Ray kena bergusti dulu sehingga dia letih baru dia boleh tidur.. Bila dah tidur, ingatkan selesai tugas tetapi tidak, selang 20 minit Mr.Ray terjaga dari tidur.. Diiringi dengan tangisan yang kuat.. Bermacam cara MB dan Ibu MB buat untuk meredakan tangisan dia.. Tetapi tidak mahu berhenti.. Cuba menidurkan dia semula.. Agak susahlah jika nak tidurkan semula.. Mr.Ray merengek hingga pukul 3 atau 2 pagi selama 5 hari.. Rasa nak marah dia pun ada juga, ialah mana tahan.. Tetapi bila ingat semula pesanan Umminya tak sampai hati nak marah… Agaknya Mr.Ray dah biasa tidur dalam pelukkan Umminya jadi bila tak dapat dia tunjuk perasaan la… Agak letih bila dia menangis.. Lagi-lagi bila esoknya hari berkerja…
Cabaran Kesihatan Mr.Ray – 10/10
Hmmm… Selama dtinggalkan ni, Mr.Ray diserang selsema dan batuk.. Agak kesian melihat keadaan dia.. Apa yang kesiannya ialah bila waktu nak tidur, dia tidak dapat tidur dengan lena kerana batuk.. Asyik terjaga disebabkan batuk.. Bila terjaga mulalah menangis tak henti-henti.. Mungkin dia marahkan batuk tu sebab mengganggu tidur dia… Memang tak dapat tidur dengan amanlah… Hidung pula berair je.. Meleleh hingus dia… Tak boleh biarkan dan kesian dengan dia, MB bawa ke klinik kanak-kanak rujuk pada doktor.. Demam tiada, tetapi batuk dan selsema je… Dan sedikit kahak… 
Cabaran Makan Ubat – 9/10
Haha part yang paling seronok.. Ingat mudah ke nak bagi budak kecil makan ubat… Sungguh mencabar.. Mr.Ray ni bijak sebab dapat bezakan antara ubat dan air masak.. Bagi ubat menggunakan picagari.. Jadi mungkin dia lihat air yang berada dalam picagari tu berwarna lain.. Itu yang dia tak nak makan ubat.. Kena pujuk dengan betul dulu, iaitu umpan dengan air masak dulu dan buat-buatlah anda minum sekali.. Hahaha..Bila umpan dah mengena tiada masalah lagi..
Cabaran Menguruskan Mr.Ray – 9/10
Yang ini memang wajiblah… Kena uruskan diri Mr.Ray.. Dari segi mandikan dia, pakaian, pakai pampers, membersihkan bila dia E’E dan buat susu untuk dia… Kalau mandi memang part kesukaan Mr.Ray sambil terlompat-lompat.. Benda ni memang tak hairan dah dari dulu lagi kalau dia mandi mesti tak mahu duduk diam.. Berdiri sambil melompat-lompat.. Bayangkanlah macam mana nak mandikan dia… Kena pantas dan cekap.. Kalau tidak anda juga turut mandi bersama… Nak pakai pampers lagilah mencabar.. baringkan je dia, terus dia bangun.. terpaksa 2 orang memakaikan dia pampers.. 
Cabaran Kesunyian – Tiada Rating Hehehe

Hehe.. Ini part yang paling sentimental buat kami… seminggu kami kekurangan kasih sayang seorang Isteri dan Ibu… 2 beranak yang ditinggalkan, supaya si suami dapat kenal erti sebenar tanggungjawab.. Hanya berhubung melalui SMS sahaja… Kat China beberapa laman web tidak boleh diakses jadi Facebook jangan haraplah…. 5 hari tidur peluk bantal je lah jawabnya…Hehehe
Kesimpulan Dari Cabaran – 6/10
Itulah antara cabaran yang MB alami selama menjaga Mr.Ray.. Rasa terseksa juga ada tapi bila difikirkan semula, anak kita siapa lagi nak jagakan.. Benih kita sendiri.. Haruslah bertanggungjawab…
Jadi keputusan bagi Cabaran Bapa Mithali ini ialah……………… Masih banyak lagi yang perlu si suami belajar untuk menjadi seorang bapa.. Bukan senang nak pikul tanggungjawab sebagai seorang bapa… Banyak perkara yang kita perlu tahu dan sepatut kita ambil tahu.. Jangan ambil mudah dan mengatakan ” ala, isteri ada, isterilah jaga anak“… Tidak boleh macam itu… Dan paling penting ialah kesabaran semasa menjaga anak…..Renung-renungkanlah…

4,078 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. assalamualaikum MB…tahniah sbb dah berjaya melalui semua rintangan itu…mmg susahkan bila tiada isteri disamping kita pada yang dah mengalaminya pasti dah tahu bagaimana rasanya…moga akan terus menjadi seorang ayah mithali yer…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam