Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Semua bayi perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat juga menangis selama satu hingga tiga jam sehari.

Disebabkan bayi tidak dapat melakukan aktiviti sendiri, si kecil ini bergantung kepada orang lain untuk memberi makanan, memanaskan atau menyejukkan badan dan mendapatkan keselesaan.

Justeru, tangisan cara bayi memberitahu mereka perlukan sesuatu. Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya sukar menentukan perkara yang diperlukan bayi.

Ketika masih belum mengetahui cara mengenal pasti keperluan bayi, tangisannya pasti membuatkan hati bimbang namun lama-kelamaan, kita mula dapat mengecam gaya tangisannya yang berlainan sekali gus memenuhi keperluannya.

tangisan bayi,maksud tangisan bayi,rahsia tangisan bayi,kenali tangisan bayi,fahami tangisan bayi anda
Rahsia tangisan bayi membawa banyak maksud

Terdapat beberapa sebab dikongsi pakar web di United Kingdom, babycenter.com mengenai tangisan bayi.

Panduan berikut mungkin dapat membantu ibu bapa lebih memahami setiap tangisan bayi:

Sebab bayi menangis

1.Mahu makan.

Lapar sebab utama bayi menangis. Bayi lebih kecil mungkin menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana ketika ini dia hanya minum sedikit susu.

Jika bayi menangis, cuba berikannya susu kerana besar kemungkinan dia sedang lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta-merta, tetapi teruskan penyusuan jika bayi mahu.

Bayi akan mula bertenang apabila perutnya diisi. Bagaimanapun, jika bayi sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

2. Perlukan keselesaan.

Bayi sudah tentu akan membantah jika baju terlalu ketat atau lampin kotor hingga membuatkan mereka tidak selesa.

Sesetengah bayi tidak begitu cerewet. Lampin yang penuh mungkin tidak mengganggu mereka. Namun, ada sesetengah bayi akan menjerit dan minta lampin ditukarkan dengan segera, terutama jika kulit mereka terasa gatal atau tidak
selesa.

Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya dengan yang bersih mungkin akan memenuhi keperluannya. Justeru, lebih baik ia dicuba.

3. Perlukan kehangatan.

Tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Sesetengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan.

Mereka tidak biasa merasa udara menyentuh kulit dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi seperti ini, ibu akan cepat tahu cara hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi boleh bertenang semula.

Berhati-hati supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapisan baju hingga dia terlalu panas. Petuanya, bayi memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada kita untuk berasa selesa.

Jika berada di katil bayi atau bakul bayi, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut tebal supaya ibu boleh menambah atau membuang satu lapisan apabila perlu.

Kita boleh memeriksa sama ada bayi terlalu panas atau sejuk dengan menyentuh perutnya. Jika dia terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut. Jika sejuk, tambah sehelai lagi pakaian. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya kerana normal bagi kaki dan tangan bayi terasa agak sejuk.

Kebanyakan farmasi di Malaysia ada menjual termometer. Kita boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi jika kurang pasti.

4. Perlu dipeluk.

Sesetengah bayi sangat suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi lebih besar akan menjadi tenang jika dia boleh nampak ibu dan mendengar suara kita di dalam bilik.

Namun, bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk selesa. Sesetengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika didukung berlebihan. Namun, sebenarnya dalam bulan pertama kehidupannya, perkara ini agak mustahil.

5. Perlukan rehat.

Memang mudah kita menyangka bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk tidak kira di mana mereka berada.

Namun, jika bayi sudah mendapat terlalu banyak perhatian (mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah), dia mungkin sukar bertenang.

Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu masa hingga menjadi gelisah.

Jika ibu tidak pasti sebab tertentu bayi menangis, dia mungkin cuba memberitahu, “Saya sudah tidak tahan lagi”. Bawalah bayi ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan rangsangan secara perlahan.

Bayi mungkin akan menunjukkan perasaannya yang sebenar dengan menangis dalam tempoh seketika sebelum bertenang dan terus tidur.

6. Perlukan sesuatu untuk lebih sihat.

Jika ibu sudah memberi bayi makan dan memastikan dia selesa tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya sama ada dia sakit atau mengalami kesakitan.

Bayi yang sakit lazim­nya menangis dengan suara berlainan daripada tangisan biasa. Tangisan kesakitan mungkin berbunyi cemas atau nyaring.

Begitu juga dengan bayi yang sering menangis, sekiranya dia mula diam, ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Paling penting, tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri.

Jika anda rasa mungkin ada masalah tertentu, hubungilah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.

7. Perlukan sesuatu tetapi tak tahu apa yang dimahukan.

Kadangkala anda mungkin tidak dapat menduga masalahnya apabila bayi menangis.
Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa apabila dia meragam dan sukar dipujuk. Keadaan tidak gembira atau tangisan yang sukar dipujuk ini boleh berlangsung selama beberapa minit atau beberapa jam.

Tangisan yang tidak berhenti selama beberapa jam ini juga dikenali sebagai kembung atau kolik. ­Kembung atau kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang daripada tiga hari dalam seminggu.

Ramai ibu bapa mendapati sukar menguruskan bayi yang menghidap kolik dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga.

Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih daripada tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, anda mungkin rasa lebih lega.

7,002 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Kengkadang saje je dia nak ngada-ngada..hehehe…nak kita peluk dan beri perhatian kat dia.

    Tapi kebanyakkannya masaalah kembung perut. Kalau selalu sangat nangis bawak lah jumpa doctor takut ada yang serious kan
    hannyabdullah Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Main-main HantuMy Profile

  2. sebelum kawin dulu kalau baby menangis ja mesti ingat baby lapar nak makan. tapi bila dah kawin ni, memang dah alami rupa2nya ada pelbagai jenis tangisan baby ni. ada yg tak selesa, ada yg pampers basah, ada yg nampak benda tak sepatutnya dan macam-macam lagi la
    nazra Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Alfalfa di dalam Al-QuranMy Profile

  3. Terima kasih atas perkongsian Ilmu ni. Walaupun ena ni belum ada anak, tapi ena ni bakal kerja berkaitan dengan kesihatan manusia. Memang kena tahu menahu semua ni, manalah tau dapat wad kanak kanak or O&G nanti. Mekaceh Paksu
    Ainaa Roseberry Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..DESIGN BLOG BY SHEDA UCUMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam