Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum wbt

Anda telah selamat melahirkan anak anda dan kini anda bersedia untuk pulang ke rumah dan memulakan kehidupan dengan bayi anda. Banyak perkara yang anda dan suami anda perlu tahu bagaimana hendak menguruskan bayi anda yang baru lahir.

Anda boleh sahaja untuk meminta bantuan daripada rakan-rakan dan keluarga untuk membantu anda menguruskan bayi anda. Ketika di hospital anda masih lagi boleh mengharapkan bantuan daripada jururawat untuk menguruskan bayi anda tetapi bagaimana jika anda di rumah? Yang ada hanya suami anda yang anda sendiri tidak yakin dengannya. Di samping itu, semasa di hospital jururawat adalah cikgu yang baik untuk mengajar kepada anda bagaimana untuk memegang, sendawa, dan menguruskan bayi anda.

Tetapi itu jika anda berada di hospital, jika dirumah untuk mendapatkan bantuan anda mungkin perlu mengupah seorang jururawat  atau jiran anda untuk membantu anda dalam masa yang singkat selepas kelahiran. Doktor atau hospital boleh menjadi sumber yang baik untuk mencari maklumat mengenai bantuan di rumah.

Kali ini MB hendak kongsikan perkara asas bagaimana anda hendak menguruskan bayi anda yang baru lahir, semoga tips ini dapat membantu ibu bapa yang pertama kali berhadapan dengan situasi menjaga bayi yang baru lahir.

Tips Asas Menguruskan Bayi Baru Lahir
Cuci tangan anda sebelum memegang bayi anda

Jika anda tidak menghabiskan banyak masa dengan bayi anda yang baru lahir, dikhuatiri boleh mendatangkan sifat ketakutan kepada anda untuk menguruskan bayi anda akibat tidak biasa dengan bayi anda. Oleh sebab itu ada beberapa perkara yang anda perlu anda ingat semasa menguruskan bayi anda:

  • Cuci tangan anda (atau menggunakan sanitizer tangan) sebelum menguruskan bayi anda yang baru lahir. Bayi yang baru lahir tidak dapat membina sistem imun yang kuat semasa waktu ini, jadi mereka mudah terdedah kepada jangkitan. Pastikan juga bahawa semua orang yang ingin memegang bayi anda juga perlu mencuci tangan terlebih dulu.
  • Berhati-hati semasa menampung kepala dan leher bayi anda. Anda perlu menampung kepala bayi anda apabila membawa atau mendukungnya dan juga perlu menyokong kepala bayi anda apabila mendukung bayi anda secara tegak atau apabila anda meletakkan dia ke bawah. Leher bayi amat lembut dan kecil jadi perlu berhati-hati semasa mendukungnya.
  • Berhati-hati supaya tidak menggoncangkan bayi anda. Harus diingat, gegaran yang kuat boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak dan juga kematian. Jika anda perlu mengejutkan bayi anda dari tidur, jangan melakukannya dengan menggoncang badannya. Sebaliknya, geletek kaki bayi anda atau tiup perlahan-lahan pipi bayi anda.
  • Pastikan bayi anda diletakkan di dalam carrier, stroller atau carseat dengan betul dan selamat. Kemudian elakkan daripada aktiviti yang kasar atau perkara yang boleh mengundang bahaya.
  • Ingat bahawa bayi anda belum bersedia lagi untuk bermain secara lasak lagi kerana tubuh badan bayi yang baru lahir amat lembut disebabkan itu juga ada di antara ibu dan bapa yang takut-takut untuk memegang bayi mereka yang baru lahir.

Diharapkan sedikit sebanyak tips ini dapat membantu mereka yang ada rasa ragu-ragu dan ketakutan untuk menguruskan bayi anda yang baru lahir, maklumlah bayi yang masih lagi kecil dan lembut tubuh badannya. Jika kita tidak berhati-hati semasa menguruskannya kemungkinan akan berlaku perkara yang merbahaya atau tidak diingini.

7,502 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Ada pengalaman sebelum ini memandikan anak akak.. saja nak belajar.. untuk pengetahuan nanti, ilmu sebelum mendirikan rumah tangga.. termasuk lah tanya mak apa yang perlu di lakukan semasa isteri sedang pantang.,.
    Irwan Alessa Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Kaji Dahulu Sebelum..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam