Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Bagaimana caranya anda lakukan untuk membuat keluarga anda sentiasa sihat dan aktif? Mungkin setiap dari anda ada cara-cara tertentu bukan.

Berbasikal Dengan Keluarga
Berbasikal Dengan Keluarga

Artikel kali ini MB nak berkongsi sedikit apa yang anda boleh lakukan untuk terus kekal sihat dan cergas. Bersenam Untuk Sihat. Dibawah ada beberapa tips bagaimana dan apa yang perlu anda lakukan.

Disebalik Alexa

  • Bermain Dengan Anak Anda

Jangan hantar anak anda atau membiarkan anak anda keseorang di luar, malah anda sepatutnya pergi bersama mereka. Tanya mereka apa yang mereka mahu lakukan.Anda boleh bermain dengan anak anda di padang permainan, bermain bola, atau apa sahaja yang boleh membuatkan mereka berasa gembira, anda boleh berseronok sambil membakar kalori.

  • Bersiar-siar Selepas Makan Malam

Selepas makan malam anda boleh keluar bersama daripada menonton TV. Lebih, meriah – mungkin ada keluarga di kawasan kejiranan anda yang mahu menyertai anda.

  • Jadi Satu Pasukan

Duduk sebagai satu keluarga dan putuskan apa aktiviti baru yang anda ingin mencuba bersama-sama. Mungkin anda sekeluarga boleh menyertai Marathon, Gotong Royong dan lain-lain lagi. Bukan sahaja tubuh badan anda sihat, tetapi anda juga dapat menghabiskan masa yang berkualiti bersama-sama.

  • Menunggang Basikal Bersama

Pergi menunggang basikal satu keluarga. Anda boleh bersiar-siar di taman perumahan anda dengan mengayuh basikal dengan anak-anak anda,tetapi pastikan aspek keselamatan diambil kira.

  • Berjalan Ke Sekolah

Luangkan masa berjalan dengan anak-anak anda ke sekolah, dan ia boleh dijadkan cara  yang terbaik sebagai satu senaman. Secara tidak langsung anda mendapat peluang untuk bercakap dengan mereka tentang masalah mereka. Anda mungkin tidak dapat melakukan ini dengan kerap, tetapi walau tidak kerap ia dapat memberi manfaat.

Diharapkan perkongsian di atas dapat membantu anda sekeluarg auntuk menjadi keluarga yang lebih sihat dan cergas. Secara tidak langsung anda dapat meluangkan masa yang lebih dengan anak-anak anda.

7,931 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Tips nya cukup sederhana tapi memang bermanfaat,,terima kasih sudah mengingatkan untuk,semoga saya bisa mengamalkan bersama dengan keluarga saya,,

  2. dulu masa tahuan 80an aku pergi sekolah jalan kaki, sekarang untuk anak – anak upahkan jer van sekolah lebih selamat
    onlajer Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..RajinMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam