Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Komunikasi yang terbentuk di dalam sesebuah institusi keluarga adalah amat penting dan harus dititikberatkan oleh ibu bapa. Dengan komunikasi yang baik terhadap anak-anak kemungkinan kehidupan mereka lebih baik dan bebas dari sebarang gejala yang tidak bermoral.

Banyak yang sudah terjadi kepada anak-anak dimana mereka kurangnya kasih sayang dari keluarga dan jarang sekali untuk berkomunikasi bersama ibu bapa, dan ini menyebabkan anak-anak terlibat dalam gejala-gajala yang tidak bermoral

Komunikasi Keluarga
Perihatin dengan sikap anak anda

Kali ini MB cuba kongsikan sedikit tips yang boleh membantu ibu bapa dalam menangani anak-anak mereka dari segi komunikasi.

Tips Komunikasi Bagi Ibu Bapa:

1. Bersedia untuk anak-anak anda

  • Perhatikan bila anak-anak anda paling kerap untuk bercakap – sebagai contoh sebelum tidur, sebelum makan malam, di dalam kereta dan pastikan anda bersedia.
  • Mulakan perbualan dengan anak anda, ia akan membuatkan anak-anak anda tahu bahawa anda mengambil berat tentang apa yang berlaku dalam kehidupana mereka.
  • Cari masa untuk bersama dengan mereka setiap minggu untuk aktiviti bersama, dan elakkan penjadualan aktiviti-aktiviti lain semasa anda bersama dengan anak-anak anda.
  • Fahami tentang minat atau kemahuan anak-anak anda sebagai contoh, mungkin mereka minat dengan muzik,bermain halaman rumah, menonton TV dan aktiviti-aktiviti kegemaran mereka yang lain.
  • Kenalpasti dan mulakan perbualan dengan berkongsi apa anda telah fikirkan dan apa yang anda telah lakukan dan bukannya memulakan perbualan dengan soalan.

2. Biarkan anak-anak anda tahu bahawa anda sedang mendengar

  • Apabila anak-anak anda bercakap tentang perhatian atau keperihatinan, berhenti dari apa sahaja yang anda sedang lakukan.
  • Dengarkan pandangan mereka, walaupun ia sukar untuk difahami atau didengari.
  • Biarkan mereka habiskan pertanyaan atau kenyataan mereka sebelum anda bertindak balas terhadap mereka.
  • Kemudian ulangi apa yang mereka telah katakan untuk memastikan bahawa anda memahami mereka dengan betul.

3. Bertindak balas dengan cara yang anak-anak anda akan dengar

  • Melembutkan reaksi anda jangan bertindak dalam keadaan marah kerana anak-anak akan menunjukkan sifat memberontak mereka.
  • Luahkan pendapat anda tanpa melemahkan/mengetepikan semangat mereka dan bertolak ansur jika anda tidak bersetuju dengan mereka dengan cara yang lembut.
  • Elakkan berhujah tentang siapa yang betul. Sebaliknya katakan kepada anak-anak anda, “Saya tahu anda tidak bersetuju dengan saya, tetapi ini adalah apa yang saya fikirkan”.
  • Fokus kepada perasaan anak-anak anda dan bukannya diri anda sendiri semasa berlakunya perbualan bersama mereka.

4. Ingat

  • Tanya anak-anak anda apa yang mereka inginkan atau perlukan dari anda dalam perbualan 2 hala tersebut, contohnya seperti nasihat, pendengar yang baik, membantu dalam menangani perasaan mereka, atau membantu menyelesaikan masalah mereka.
  • Kanak-kanak belajar sesuatu dengan meniru. Selalunya, mereka akan mengikuti jejak anda dan bagaimana mereka mengatasi kemarahan, menyelesaikan masalah.
  • Bercakap baik dengan anak-anak anda – jangan mengkritik, mengancam, atau mengatakan sesuatu yang tidak elok.
  • Kanak-kanak belajar daripada pilihan mereka sendiri . Selagi mereka merasakan ianya tidak berbahaya, jangan sesekali anda masuk campur tetapi perhati dan pantau perbuatan mereka.
  • Ketahuilah bahawa anak-anak anda sering memberitahu anda sebahagian kecil daripada apa yang mengganggu hidup mereka tidah sepenuhnya. Dengar dengan teliti apa yang mereka katakan, dan galakkan mereka untuk bercakap, dan daripada itu mereka boleh berkongsi seluruh cerita.

Pengukuhan Institusi Keluarga

Pengikat Kasih Ibu dan Anak

“Parenting is hard work “

Mendengar dan bercakap adalah kunci kepada hubungan yang sihat di antara anda dan anak-anak anda. Tetapi ibu bapa perlu berkerja keras dan mengekalkan hubungan yang baik dengan sesetengah anak-anak yang kadang-kadang boleh mencabar dan memberontak, terutama sekali bila ibu bapa mengalami banyak tekanan lain. Oleh itu, pastikan anda ibu-bapa dalam keadaan yang tenang bila berkomunikasi dengan anak-anak anda.

12,382 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. saya sangat2 bersetuju dengan komunikasi ini. Dengan komunikasi hubungan suami isteri erat malah juga dgn anak2.

    Tapi saya sangat sedih, suami saya seorg yg tak berkongsi dgn saya, seorg yang senyap ,tak bercerita . Mungkin bagi dia, kau isteri tak perlu kau tau semua ini. Hidup saya sangat bosan kerana tiada perbincangan / percakapan dgn suami. dlm keta senyap, balik umah senyap. harap suatu hari nnti, hati suami saya terbuka.

  2. Terima kasih sudah di ingatkan akan selalu saya amalkan,,tips-tips yang Anda jabarkan,Komunikasi memang sangat penting apalagi untuk keluarga

  3. pada knah anak2 adalah sahabat karib yang paling memahami..kita orang boleh kongsi apa sahaja cerita, sama2 ketawa atau sama2 menangis..sebenarnya bukan senang nak menjadi kawan dengan anak2..semuanya mesti dimulai dari mereka masih kecil lagi..=)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam